BTC USD 83,055.0 Gold USD 4,158.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ucapan Untuk Para Pembaca

rissa

Super Active Member
Messages
7,123
Joined
May 5, 2007
Messages
7,123
Reaction score
54
Points
75
salam, kalau rajin bacalah yer!

Petikan Surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani

Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.

Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala.

Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap.

Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”.

Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri.

Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “ …dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”.

Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”.
Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur.

Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan.

Langit ketidak sedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian.

“(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu
akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena.

Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah. Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.

Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit.

Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”.

Dan kamu akan memahami rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang.
Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).

Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.

Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan.
Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.




p.s riss suke baca petikan nie, walaupun petikan tu agaka dalam maksudnya, atleast bila baca tu, ada rasa lain skit la...
sedikit sebanyak menyadarkan n mengingatkan riss dari masa ke semasa...
riss ni pun bukannye perfect or baguih sgt, sentiasa alpa, lemah n cenderung utk melakukan dosa antara sadar ataupun idak... astaghfirullahaladziim :(



//creditted to a friend of mine's BLOG whose happen to give me lots of advices berkaitan agama...
timekasih sgt2 n semoga persahabatan kite berkekalan sampai bila2 insyalla :)
 
jangan la kita leka.... memng bagus ni...
 
tentu ramai yg suka baca tulisan pak Syeikh Abdul Qadir al-Jilani..
semoga kita dapat bersihkan kotoran yg ada dalam badan kita akibat pencemaran yg datang dari sekeliling kita ..
Insyallah..
 
p/s: tlong remove text formatting..
juling mate aku nk bace..

cmne nk komen...:D
 
...ku hadiahkan Al-fatihah buat mu ya sultanul aulia syeikh Abd Qadir El-Jilani...amin...


...Nurun A'la Nur....


..terngiang2 aku akan kata2 arwahnya Loloq dlm lagu Aladin...

.."Runtuh dinding... Antara nyata dan mimpi"

..ya hijab..tu beb...so mcm mana mau mau kasi tanggal itu hijab?

..Loloq jawab lagi...


..."( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) lampu yang satu
( Gosok ) sampai kau nampak wajahmu...(kenal diri merata-rata..)


( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) sampai berkilat
( Gosok ) sampai tertanggal semua karat"


..oo itu mcm ka..itu hati kene gosok dgn sabun cap zikir la ek...ekekkeke...al maklum..lebih keras dari batu KataNya...ekekeke

..bile CERMIN sudah clear..baru la dpt tangkap itu cahaya...kalo tk gebang jer lebih cam aku nie...ekekkekek

...ku sedekahkan jua al-fatihah buat mu ya rosli khamis...amin..

p/s: ..."aku memang manusia paling berdosa...."
 
...ku hadiahkan Al-fatihah buat mu ya sultanul aulia syeikh Abd Qadir El-Jilani...amin...


...Nurun A'la Nur....


..terngiang2 aku akan kata2 arwahnya Loloq dlm lagu Aladin...

.."Runtuh dinding... Antara nyata dan mimpi"

..ya hijab..tu beb...so mcm mana mau mau kasi tanggal itu hijab?

..Loloq jawab lagi...


..."( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) lampu yang satu
( Gosok ) sampai kau nampak wajahmu...(kenal diri merata-rata..)


( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) sampai berkilat
( Gosok ) sampai tertanggal semua karat"


..oo itu mcm ka..itu hati kene gosok dgn sabun cap zikir la ek...ekekkeke...al maklum..lebih keras dari batu KataNya...ekekeke

..bile CERMIN sudah clear..baru la dpt tangkap itu cahaya...kalo tk gebang jer lebih cam aku nie...ekekkekek

...ku sedekahkan jua al-fatihah buat mu ya rosli khamis...amin..

p/s: ..."aku memang manusia paling berdosa...."

ekkekkekke

leh gak laa lu gosok beb....ekekkeke

wa asyik KALAH PERANG jerk nie.....ekekkekeke

x MENANG-MENANG....ekekkekke

meh laa PINJAM sat SENJATA SULIT mu wahai sunan maligun....ekekekkeke
 
sama2, riss pun sumtimes terasa jauh gak dgn si DIA...

hurmmm:(
 
Back
Top
Log in Register