Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
Pemalam menghalang iklan Ublock Origin mula tidak beroperasi pada pelayar web Google Chrome hari ini. Ini berlaku kerana pemalam yang menggunakan Manifest V2 ini tidak lagi disokong oleh Chrome yang sudah berpindah ke Manifest V3. Ini dilihat sebagai usaha Google bagi mengelakkan pengguna menghalang paparan pengiklanan yang penting untuk menjana pendapatan.
Walaupun halangan telah mula dilihat, ia tidak diaktifkan kepada semua pengguna. Kami mencuba pemalam ini sebentar tadi dan ia masih lagi beroperasi pada Chrome versi terkini yang kami gunakan. Masa depan Ublock Origin sudahpun mula kelam sejak 2019 apabila Google mengumumkan pemindahan kepada Manifest V3.
Sejak tahun lalu pengguna penghalang iklan juga telah diberikan pelbagai amaran apabila melayari YouTube. Antara yang dilakukan ialah video tidak boleh dimainkan serta mereka disarankan supaya mematikan pemalam atau melakukan langganan YouTube Premium.