balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
SEORANG pegawai penguat kuasa menunjukkan sebahagian ubatan termasuk ubat perangsang seks yang dirampas di Bukit Abal, Pasir Puteh semalam.
PASIR PUTEH – Jabatan Kesihatan negeri merampas pelbagai jenis ubat perangsang seks, penenang saraf dan kosmetik bernilai RM50,000 dari sebuah premis yang menjalankan perniagaan dalam talian di Bukit Abal dekat sini semalam.
Dalam serbuan pada pukul 1 petang itu, seramai 12 pegawai penguat kuasa dari cawangan Farmasi jabatan terbabit mendapat maklumat bahawa premis tersebut menjual ubatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.
Ketua Penolong Pengarah Farmasi, Mohammad Aswady Adenan berkata, pemeriksaan selama sejam itu menemui pelbagai ubatan yang tidak berdaftar antaranya ubat perangsang seks.
Katanya, ubat lain yang dirampas ialah majun sakit urat dipercayai mengandungi ‘dexamethasone’ dan ia boleh menyebabkan penggunanya menghidapi penyakit kerapuhan tulang serta masalah organ dalaman gagal berfungsi.
“Selain pil perangsang seks yang popular diiklankan di media sosial, kita merampas 15 jenis kosmetik menggunakan bahan terlarang termasuk yang diimport dari negara jiran.
“Ubat kurus ‘Figure Up’ antara mendapat permintaan tinggi bagi mereka yang obesiti. Analisis mendapati pil itu mengandungi dadah ‘Sibutramine’ yang memberi kesan sampingan kepada pengguna,” katanya ketika ditemui di sini semalam.