eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Pelik apabila sekumpulan penjenayah melarikan sejumlah ubat dalam satu kejadian di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira 11.50 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai penghantar ubat terkejut apabila mendapati pintu lorinya terkopak selepas menghantar sejumlah ubat ke dalam pusat perubatan berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah, berkata mangsa yang pergi ke lorinya kira-kira 25 minit kemudian mendapati 30 kotak ubat bernilai hampir RM30,000 hilang.
“Susulan itu, mangsa terus menghubungi pihak kawalan keselamatan dan hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat empat suspek memindahkan kotak terbabit ke dalam sebuah van berwarna putih dimiliki syarikat pembekal majalah dan alat tulis.
“Pihak polis yang tiba di kawasan kejadian terus menghubungi syarikat terbabit dan meminta bantuan mereka menghentikan van yang dilengkapi dengan Sistem Kedudukan Global (GPS) itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, van itu kemudian dikesan ditinggalkan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Midah, Taman Midah, Cheras namun penjenayah terbabit sudah melarikan diri.
“Pemeriksaan ke atas van itu, pihak polis menemui sejumlah ubat-ubatan itu yang dianggarkan bernilai RM10,000 namun yang lain dilarikan.
“Kita dapat mengenal pasti seorang daripada suspek berusia lingkungan 20 an iaitu pekerja syarikat pembekal majalah dan alat tulis yang sering menghantar pesanan ke pusat perubatan itu.
“Siasatan awal mendapati suspek adalah bekas pekerja syarikat pembekal ubat berkenaan namun sudah diberhentikan kerja,” katanya.
Menurut Abd Rahim, suspek utama juga sudah dikenal pasti berdasarkan rakaman CCTV terbabit dan gerakan memburu mereka sedang dilakukan.