BTC USD 83,952.1 Gold USD 4,290.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ubah !

Dzoolhelmi™;17108920 said:
karpal%2Bsingh%2Bnegara%2Bislam.JPG

mengapa?

tak percaya ka? :-?

Aku tidak percaya

Kita perlu tanya sama ada Islam versi DAP? atau Islam versi Al-Quran??? Itu yang kita perlu tanya kat Karpal Singh bukan??? Kalau Islam versi Al-Quran maka bagus lah..tapi adakah perjanjian sudah dibuat akan hal ini??? Kan politikus boleh ubah cakap apa2 sahaja...

Lagi satu...Karpal Singh itu agama apa?

Setakat pada nama sahaja apa guna????? Kita perlukan agama Islam yang tulen dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan...

kalau Islam versi Al-Quran, maka semua rumah pelacuran perlu ditutup...DAP berani untuk hilang sokongan????
 
Yg ni aku amik dr seorang kawan..

Just nak share... Tp klu nak bg pandanganpun dipersilakan...

"Tahniah org selangor"
Bahruddin Bekri

Isu orang Cina bersatu mahu tumbangkan Melayu, hanya merugikan orang Malaysia.

Kita selalu kata, orang Korea, Jepun berjaya sebab mereka cuma ada satu bangsa sahaja, iaitu bangsa Korea dan Jepun, jadi mudah bagi mereka membangunkan negara.

Pointnya sudah ada, '1 bangsa' bagi membangunkan negara, tetapi sampai sekarang masih ada lagi slogan 'Melayu perlu bersatu'. Sepatutnya, slogan yang dilaungkan, 'Melayu bersatu dengan Cina dan India', barulah boleh jadi 'satu bangsa'.

Ok, katakanlah, DAP itu Cina dan mahu memerintah seperti kes Singapura dahulu. Mengapa ia terjadi? Adakah waktu itu Melayu tidak bersatu dan lemah, lalu tunduk kepada LKY?

Melayu pada waktu itu kuat bukan main, bersatu lagi tetapi Singapura tetap pergi. Antara sebabnya, orang Melayu kata Cina mahu memerintah dan menindas, Cina pula kata, orang Melayu kalau perintah mereka ditindas.

AKhirnya semua orang berasa mahu ditindas. Hakikatnya, yang menindas bukan orang Cina, dan bukan orang Melayu, tetapi 'orang jahat'.

Orang jahat ini, semua bangsa ada. Ada orang jahat Cina, ada orang jahat Melayu.

Selagi mana kita bersatu hanya berdasarkan 'bangsa', selagi itulah kita senyap2 membenarkan 'orang jahat' terus menindas.

Orang baik Melayu dan orang baik Cina perlu bersatu menentang orang jahat Melayu dan orang jahat Cina. Itu barulah betul.

Berkenaan PRU 13, analisisnya, DAP banyak menang sebab Cina bersatu undi Cina. Kalau begitu, sepatutnya Rafizi kalah, sebab lawan dengan calon Cina. Ini tidak, boleh menang besar lagi.

Sekiranya dilihat, yang DAP ini banyak menang di kawasan bandar. Kawasan orang Cina yang terdedah pemikirannya dengan pelbagai maklumat. Maklumat dari internet dan sebagainya.

Orang Cina boleh dikatakan adalah kaum yang paling celik berkenaan 'perlembagaan', berbanding orang Melayu.

Mereka faham, 'kerajaan' dan 'parti politik' itu berbeza. Mereka faham, 'kewajiban' sebuah kerajaan. Jadi, gula2 mengatakan, 'kerajaan BN sudah memperuntukkan sekian2 juta kepada orang Cina', tidak berkesan sebab mereka faham yang, itu memang kewajipan 'kerajaan'.

Ibaratnya, kita bayar buruh buat rumah kita. Jadi memang kewajipan buruh tadi bina rumah, siap ada tangga, tingkap, pintu. Takkanlah, buruh yang kita bayar tadi boleh kata, 'Tuan perlu membalas budi saya, sebab saya sudah buat pintu rumah Tuan'.

Lainlah kalau buruh tadi buat lagi jalan dan taman di hadapan rumah.

Jadi apa sebenarnya yang perlu kita takutkan sekarang? Yang kita perlu takutkan, adalah 'isu perkauman', yang senyap2 ditiup.

Isu perkauman bermula dengan kata, 'orang Cina pijak kepala orang Melayu'. Hakikatnya, 'orang jahat Melayu Cina', yang pijak kepala rakyat. Perlu dibezakan di situ.

Kesimpulannya, orang Melayu Umno dan PAS, sekiranya bersatu teguh bercerai roboh sekalipun, tetap Malaysia tetap tidak ke mana, tetap akan hilang tanah, sekiranya tidak mula 'bersatu' dengan kaum lain di Malaysia.

Adakah ini terlalu idealistik? Sekiranya kita kita ia tidak realistik, jadi bagaimana dengan saranan agama yang menyuruh kita berbaik-baik dengan kaum lain? Adakah agama juga sudah terlalu idealistik?

Sekian. Ada keperluan, nanti tambah lagi.

Yang ini boleh share ramai2. Biar orang Cina, India tahu, masih ramai lagi orang Melayu, yang masih 'waras'.

bagus info ni. ramai orang tak perasan. 'orang jahat' dalam perkauman.
 
Surat nih dari saya kecik dah ada sampai ler sekarang... :)) Itu ajer ler cara mereka nak menakutkan rakyat ... pastu terpaksa undi BN

bukan takut cuma ingat mengingati, kenali sub budaya bangsa itu sendiri br kamu akan paham mana kekuatan dn kelemahan mereka itu ja
 
BN mengamalkan Perkauman...!!!


sape turun esok kat stadium kelana???
 
hek ek la..senjata akhir BN...perkauman..melayu melayu...last2 bangla pon melayu...nepal pon melayu...myanmar pon melayu..mamak pon melayu..shitt layu laa
 
http://www.youtube.com/watch?v=zJmDHmPKsDg

Rumah Kita

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita.

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita.

Benarkah ini rumah kita,
Jika benar dek oi,
Jika benar duduk di kerusi,
Jangan di lantai,
Jangan duduk di lantai saja.

Benarkah ini rumah kita,
Jika benar dek oi,
Jika benar makan la isi,
Jangan menghirup,
Jangan hanya hirup kuahnya,
Jangan hanya hirup kuahnya.

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.
Oooo...Ohhhhh.

(Music)

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.
Oooo...Ohhhhh.

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita.

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita.

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa.


Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita.

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata,
Oooo...Ohhhhh.


Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita.

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,​
 
Cina DAP kan diorg punye ustaz... Hang post la papun depa tak percaya...
 
Sebagai pedoman.

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. surah Ali Imran ayat 28

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. surah Al Baqarah 120.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh diantara kamu, bahawa Dia bersungguh-sungguh akan MENJADIKAN MEREKA BERKUASA DIMUKA BUMI,sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.Dan sungguh Dia akan mengukuhkan bagi mereka agama(Islam) yang diredhaiNya bagi mereka.Dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah dalam ketakutan menjadi aman tenteram.VMereka tetap mengibadahi Aku tanpa memperskutukan sesuatu apapun dengan Aku.Dan barangsiapa tetap ingkar setelah (mengetahui janji) itu,maka mereka itulah orang-orang yang fasik'. (an-nur 55)
 
Back
Top
Log in Register