BTC USD 83,759.4 Gold USD 4,295.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ubah !

Aku harap mana2 kawasan yang pr menang tu dah boleh la start tunaikan manifesto ..macam nak bagi br1m setiap bulan rm500..turunkan harga minyak..pendidikan percuma..toksah jauh2..untuk penduduk yg kawasan dia org pegang tu je..
Agak2 boleh ke?hehe
 
Kalo macam tu, aku akan sokong BN kalo MCA dan Gerakan kluar dari BN
 
hari tue sebelum PRU ada sorang forumer pro DAP (dah kena ban)cakap benda yg sama

masih tak sedar ka? :))
 
Tak jadi isu pon kalau MCA sebat semua kerusi DAP..

surat ni sejak awal 2000 aku rasa.. berpusing2 sampai siap dah ada cantik punya... fuh

Bangsa kau, kau jaga
bangsa aku, aku jaga
Bangsa kau beli barang aku, aku up harga
Bangsa aku nak beli, aku turun harga

1Malaysia.. Wawasan 2020 kita akan terus dalam sempadan perkauman...
 
Antara sifat rasis atau pro kepada bangsa sendiri...
Rasis dan perkauman


"Rasis" dan "perkauman" menjadi istilah yang mengikat orang-orang Melayu daripada bercakap tentang kepentingan Melayu. Dua istilah ini sekaligus menjadi fobia kepada orang Melayu, mereka bimbang kalau apa yang dikatakan terjebak dalam erti rasis atau perkauman.

Kalau ini berlaku, fikir mereka, sudah tentu akan menyinggung perasaan kaum lain yang datang kemudian tetapi diterima menjadi rakyat negara ini.

Sebenarnya kedua-dua istilah ini tidak ada dalam perbendaharaan kata adat dan berbudaya orang Melayu. Orang Melayu tidak diajar untuk berlaku rasis kepada kaum lain, biar pun kaum yang datang kemudian itu membawa maksud pendatang. Dalam budaya dan tradisi Melayu, tetamu tetap dirai, silap dan lantangnya pula terpaksa ditelan dengan senyum dan bermanis muka.

Orang Melayu

Inilah orang Melayu. Sejak turun temurun mereka diasuh mendahulukan yang datang seperti kata bidalan, orang asing yang singgah kekenyangan, anak di rumah mati kelaparan. Dalam konteks politik, orang Melayu berpesan kepada diri sendiri supaya memegang etika sebagai tuan rumah. Tetapi pada masa yang sama, sesetengah pihak dalam kalangan kaum yang datang ke negara ini tidak membawa budaya pendatang yakni menjaga hati tuan rumah.

Tetapi apalah gunanya menjadi tuan rumah kalau terlalu kerap disuruh beralah dengan gelagat orang asing yang datang ke rumah mereka? Sebenarnya orang Melayu di negara ini sudah lama dimangsai oleh dua istilah di atas yang dilabelkan dengan sewenang-wenangnya kepada kepada orang Melayu yang menyuarakan tentang hak mereka.

Ketidakadilan menggunakan label ini sangat jelas apabila rasis tidak dirujuk kepada kaum lain, melainkan orang Melayu. Persoalannya benarkah orang Melayu rasis ketika ada kaum lain yang berarak dan membuat keganasan di jalan-jalan raya mempertikaikan hak orang-orang Melayu?

Bangga Bangsa, Megah Bangsa atau Pro Bangsa

Sifat 'rasis' atau 'rasisme' tidak sama dengan perasaan perkauman. Setiap bangsa mempunyai perasaan 'bangga bangsa' atau 'megah bangsa'.

Perasaan ini wujud kerana adanya kesedaran bahawa anggota bangsa itu mempunyai ciri-ciri budaya dan sejarah yang sama, misalnya bahasa yang sama, asal usul sejarah dan budaya nenek moyang yang sama, dan mungkin juga agama yang sama.

Mereka akan berasa marah sekiranya orang luar ('orang asing') menghina bangsa mereka dan mereka akan bertindak balas jikalau bangsa asing menyerang mereka atau cuba menghina atau memusnahkan bahasa, agama dan budaya yang telah dimiliki bersama sejak turun-temurun, sejak nenek moyang mereka.


Dasar Kebangsaan

Segala dasar kebangsaan yang digubal selepas merdeka, misalnya Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, semuanya sering dikritik sebagai dasar pro- Melayu dan antikaum lain. Padahal faedah semua dasar ini tidaklah dibolot oleh orang Melayu sahaja tetapi sebahagian besarnya pergi kepada orang bukan Melayu juga.

Mana-mana pihak yang memperjuangkan identiti dan institusi bangsanya tidak boleh dianggap perkauman. Semua kaum mempunyai identiti tersendiri dan mereka akan cuba mempertahankannya sedaya upaya.

Contohnya orang Cina mereka pastikan akan mempertahankan tiga identiti penting kaum tersebut iaitu pertubuhan Cina, pendidikan Cina dan media Cina. Oleh itu tindakan tersebut tidak boleh dianggap perkauman, begitu juga apabila orang Melayu mempertahankan identiti mereka.
 
melayu xkan maju la klu mcm ni...masih d takuk lama...
yg merosakkan bangsa & negara adalah rasuah...
 
Back
Top
Log in Register