BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

U-Pustaka, BLIS Perkukuh Akses Kepada Maklumat Digital Berkualiti

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,879
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,879
Reaction score
290
Points
146

u-Pustaka, BLIS Perkukuh Akses Kepada Maklumat Digital Berkualiti​

01f63ea1902f82aab138bdb4ac4f3ffa6a72071078f1e

d516ebab570706e8a8db82d092d4bb066a72072d8ef6f

5aaec24f14783deb5d1f921da7718d796a720757ad9d4

Pengarah Perpustakaan Digital Negara (PERDANA) di Perpustakaan Negara Malaysia dan Naib Presiden II Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) Ali Rashid (kanan) dan Pengurus Kanan Bahagian Perpustakaan Digital BERNAMA Hasnita Ibrahim (tengah) ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk "Maklumat Digital Memperkaya Ilmu, Memperkasa Pengetahuan" terbitan BERNAMA TV yang dihoskan oleh Ally Iskandar (kiri) di Wisma BERNAMA, hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Seiring perubahan landskap maklumat digital, perkhidmatan perpustakaan digital seperti u-Pustaka dan BERNAMA Library and Infolink Service (BLIS) terus memperkukuh pembudayaan ilmu dengan menyediakan akses kepada sumber maklumat yang sahih, berkualiti dan dipercayai.

Pengarah Perpustakaan Digital Negara (PERDANA), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Ali Rashid berkata u-Pustaka berfungsi sebagai hab maklumat digital negara yang membolehkan rakyat mengakses jutaan bahan digital serta meminjam bahan fizikal daripada 12 perpustakaan konsortium di seluruh negara.

Beliau berkata portal itu menawarkan pelbagai sumber percuma seperti e-buku, e-jurnal, e-majalah, buku audio, video, bahan pembelajaran interaktif dan pangkalan data ilmiah bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

"Bukan sahaja bahan digital yang kami sediakan, malah pengguna di seluruh negara, termasuk di Sabah, boleh meminjam bahan bacaan fizikal menerusi perkhidmatan Pos Malaysia yang dihantar terus ke rumah atau pejabat.

"Ini antara nilai tambah u-Pustaka yang membolehkan pengguna memanfaatkan pelbagai pangkalan data untuk pembelajaran sepanjang hayat, penyelidikan mahupun tugasan harian," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk Maklumat Digital: Memperkaya Ilmu, Memperkasa Pengetahuan, yang turut menampilkan Pengurus Kanan Perpustakaan Digital Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Hasnita Ibrahim.

Mengulas lanjut, Ali yang juga Naib Presiden II Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) berkata u-Pustaka kini mempunyai hampir 1.2 juta ahli, namun usaha memperluas keahlian akan terus dipergiat bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memanfaatkan kemudahan itu.

Beliau berkata u-Pustaka turut menyediakan akses kepada pangkalan data antarabangsa serta platform pembelajaran digital seperti MyGuru, i-LEARN Ace dan BLIS bagi memudahkan proses ulang kaji dan penyelidikan.

Sementara itu, Hasnita berkata BLIS ialah pangkalan data berita dan maklumat yang memfokuskan kandungan berkaitan Malaysia, merangkumi isu semasa, arkib, ekonomi, politik, sosial, industri, sukan dan alam sekitar.

Menurut beliau, BLIS kini mengandungi 12 modul utama termasuk Berita Bernama, arkib berita sejak 1968, berita antarabangsa, laporan sektor, direktori, fakta dan angka serta kalendar acara.

 
Back
Top
Log in Register