BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

U Mobile tawar capaian 4G LTE

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Heang Tuck (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Too Tian Jen (dua, kanan) melancarkan perkhidmatan 4G LTE U Mobile.


U Mobile Sdn Bhd melancarkan perkhidmatan 4G evolusi jangka panjang (LTE) dengan kelajuan sehingga 75Mbps bagi semua jenis pelan prabayar, pasca bayar dan jalur lebar.

Ketua Pegawai Operasinya, Wong Heang Tuck berkata, perkhidmatan 4G LTE itu kini boleh didapati di beberapa kawasan Lembah Klang seperti Bandar Sunway, Subang Jaya, Puchong, Berjaya Times Square dan Taman Molek di Johor Baharu.

“Kami berhasrat meluaskan jaringan capaian 4G LTE di kawasan lain, namun bergantung keperluan dan kehendak pengguna di kawasan itu.

"Fokus kami di kawasan Lembah Klang yang menunjukkan penggunaan telefon 4G lebih ramai berbanding kawasan lain di negara ini," katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan 4G LTE di Subang Jaya.

Katanya, ia bukan satu keperluan mendesak untuk beri tumpuan ke kawasan lain seperti pantai timur, jika pengguna yang kebanyakannya menggunakan perkhidmatan 3G belum bersedia menukar kepada 4G LTE.

U-Mobile sentiasa bersedia meluaskan jaringan capaian 4G LTE ke seluruh negara dan menyasarkan kawasan pantai timur sebagai lokasi jaringan seterusnya tahun depan.

“Perkhidmatan 4G LTE kini boleh dinikmati pelanggan U Mobile di Lembah Klang dan pengguna boleh menukar perkhidmatan secara automatik tanpa perlu buat pendaftaran baru, langganan tambahan atau menukar kad SIM,” katanya.
 
siapa pengguna U MOBILE... camne coverage ok tak? dia pakai celcom punya ke meksis punya coverage??
 
tempat aku terbaik line u-mobile
bandar putra
 
dia tumpang line maxis kot...drop call banyak...aku pakai start bulan sept ni, internet xsure sb guna BB.
 
Aku pakai umobile sejak bulan lepas. Coverage kt kL ni ok2 la. Tp balik kg kt utara sgt mengecewakan. Next month nk tukar ke telco lain
 
Aku gune ok je... setakat ni better r dr awan biru kat bndr chukai
 
Aku dh stop pakai bb umobile nih.. dah 2 tahun pakai... dl ok..skrg k.o ... dlm kul 7-12 line lsg x dpt... slow tahap tapir .. time siang ok... gi wat aduan kt low yatt.. dorg suh tukar moderm... terus aku stopp... pakai maxis skmm... slow tp masih ok la...
 
Back
Top
Log in Register