BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TYT Melaka terima PhD Kehormat LUCT

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
khalil.transformed.jpg

CYBERJAYA: Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepemimpinan daripada Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT)

Penganugerahan itu disempurnakan Canselor LUCT, Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom dalam satu majlis khas yang diadakan di kampus induk universiti itu, di sini, hari ini

Anugerah itu diberikan atas jasa besar Mohd Khalil memajukan negeri Melaka selama 12 tahun menjadi Yang Dipertua Negeri Melaka

Pada majlis itu, Pengasas dan Presiden LUCT, Prof Tan Sri Dr Lim Kok Wing turut membuat kejutan dengan menghadiahkan beca berwarna emas yang menjadi simbol ikonik negeri bersejarah itu selain satu lukisan kanvas besar tokoh itu mengemudi sebuah kapal layar

Di bawah kepemimpinan Mohd Khalil sejak 2004, Melaka tersenarai sebagai Tapak Warisan UNESCO pada tahun 2008, menaiktaraf lapangan terbang Melaka untuk menarik minat pelabur asing serta menjadikan negeri itu lokasi penggambaran filem antarabangsa

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/197288
 
bukan sume KM yg buat ke?

bila melaka nak dapat TYT sendiri
 
Back
Top
Log in Register