ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Shahul Hameed Dawood
KUALA LUMPUR 18 April – Sempena Minggu Media Sosial Malaysia 2015 (MSMW 2015) satu acara larian akan diadakan di kawasan Perbadanan Putrajaya pada hari terakhir, 25 April ini.
Presiden Majlis Media Sosial Malaysia, Shahul Hameed Dawood (gambar) berkata, acara larian yang dinamakan Twitterthon itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 13 hingga 50 tahun.
“Twitterthon merupakan acara larian julung kali diadakan sempena MSMW, pada tahun sebelum ini hanya terdapat program persidangan bersama pengamal media.
“Acara tersebut dilihat sebagai satu pendekatan terbaharu dalam memperkasakan penggunaan media sosial di negara ini apabila peserta boleh tweet tentang larian tersebut di dalam Twitter,” katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
MSMW 2015 akan berlangsung di Hotel Berjaya Times Square di sini dari 21 hingga 25 April ini.
Acara tahunan itu bakal menyaksikan penyertaan kira-kira 42,000 pengamal media dari seluruh dunia.
Shahul Hameed berkata, orang ramai yang ingin menyertai Twitterthon perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM45 seorang.
Katanya, sebarang maklumat lanjut berhubung acara larian itu menerusi www.socialmediaweek.com.my.
“Jarak larian bagi Twitterthon adalah sejauh lima kilometer sahaja kerana ini bukan acara pertandingan dan dianggarkan 3,000 peserta akan menyertainya.