brodean
Active+ Member
- Messages
- 3,636
- Joined
- Jul 9, 2007
- Messages
- 3,636
- Reaction score
- 73
- Points
- 30
Ni direct selling ke direct to the point?
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
cerita je kat sini TT..org MLM je suka ajak dtg ofis ni..kalau pure insuran agent,kebiasaanya very direct n straight to the point...
jumpa warong kopi pun takda hal punya, still boleh buat presentation.....![]()
Hehehe!!! dari AIA, Pru, dan yang seangkatan...cerita berjela2 kat sini pun dah tau kesudahannya... jemput la mai..apasalahnya daj ajak datang rumah...jgn malu jgn segan dan jgn degil...
Ahad 3pm jemput mai di Klang
Rabu 8.30pm jemput mai di Seremban 2.
Call utk details atau sms kalau malu or tak payah buat apa2 kalau degil nak tau..hehehe. Hanya nak berkongsi info saja dan peluang pada yg sudi.
Orang MLM ke, networkers ke, agent2 insurance ke..semua cabang2 perniagaan yg ada..sama saja dan kebanyakan orang2 kita...tapi siapaaaa jugak yg hmmmmm..tepuk lah dahi masing2..
Jemput lah mai kalau2 sudi...kalau tak sempat teruskan dgn bisnes tuan2,,,moga diberkati dan disihatkan hati dan badan..aminn.
Bisnes tetap berjalan.
Tu yg saya sakit hati sangat tu. Dah le guna nama company, macam Allianz condone jer apa yang diorang buat ni. Bantai lak buat stail MLM. Kot hancus nanti nama company jugak yang jatuh.
Dah check dengan RM, diaorang put tengah check balik ape benda yang sedang berlaku ni.
Wuih. Kena print screen balik blog diaorang ni. Kalau ikutkan BNM regulation pun tak lepas, wording dia maut betul. Dana Padu baru launch tak sampai 2 tahun, takde track record pun lagi.
Hehehe..pesaing melalak sampai sakit hati tapi ajak datang jumpa siasat atau bertanya deoan2 masih tak nak..habih nak buek cam no!! hehehe...kesian lak...sampai sakit hati tapi degil...tak ..tak pa...pintu sentiasa terbuka nak mai bertanya....hehehe...jgn bisnes tuan tu tak berjalan dah lerr...asyik dok melalak je!!! sori tuan....kasar sikit bunyi sebab sikap bertanya untuk menjatuhkan bukan betul ikhlas nak dapat jawapan..kena layan mcm ni...hehehe...meh la jemput mai sembang depan2...:..jangan degil..jangan malu..jangan segan...
Tak payah cerita pasal AIA, Pru ke aper ker, cerita dengan aku ni hah. Direct bawah Allianz.
Sebenarnya bos atau master ko no simply ambik Powerlink punya produk lepas tu komisen dia tu struktur macam MLM. Dalam erti kata lain Allianz nampak iFM ni sebagai agen (Macam BUSS jugak), tapi ko lain dengan BUSS sebab bawah iFM komisen dia buat stail MLM.
Kalau ko konfiden sangat apasal la webblog cikai tu jer yang ader cerita pasal benda ni? Apasal Allianz tak tepek direct jer kat website? Nak mampos? Nama syarikat Allianz Life Insurance Malaysia Berhad. Dalam erti kata lain, dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996, dalam erti kata lain dikawal oleh semua provisi dalam akta tu. Selagi Allianz tak berani nak promote skim ko ni kat main website, selagi tulah bagi aku apa yang ko buat ni
Otai-otai insuran, unit trust dengan MLM ramai la kat sini. Sedangkan komisen pun kena tahan selagi tak pass exam, sedangkan dengan tak pass exam kes kena park dengan orang, tetiba je takde lesen boleh buat insuran? Ko tau berjela-jela disclaimer dalam borang permohonan unit trust tu aper? Ko tau ALIM to apa? Paling tak tahan, ko tau kan yang Dana Padu tu unit trust. Sejak bila lak kat Malaysia ni boleh jual unit trust takde unit trust punya license? Kau tau beza unit trust dengan akaun simpanan tak?
Semua persoalan ni ko tak jawab. Apa nak takut sangat kalau semua yang kau bawak ni legal. Tempek jelah dokumen tu kat sini, sikit-sikit datang opis, sikit-sikit datang opis, buang minyak petrol je naper? Tunjuk borang, tunjuk lesen jualan langsung tu, tunjukla semua. Apa nak takut.
Kalau ko konfius dengan aper yang aku tulis kat atas ni mehla, aku ringkaskan soalan-soalan yang ada.
1. Mana link official dari Allianz yang mengatakan skim ko ni diaorang bagi buat. Mana dokumen yang kata Allianz bagi buat skim ni. Tepek dokumen tu kat sini.
2. Mana lesen BNM yang bagi ko buat unit trust macam ni? Mana lesen/kebenaran yang bagi ko buat MLM pakai financial produk?
3. Bagi contoh borang permohonan untuk skim ko ni. Yang Allianz punya, yang iFM punya 10 minit pakai word pun boleh buat.