BTC USD 84,833.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

tutup kedai 3

mohon disertakan sumber.

mungkin aku tersilap.. tapi macam ada bau2 israeliyat..


Kisah Nabi Nuh meskipun tidak banyak diketahui tetapi Allah SWT menyebutnya dalam Al-Quran . Dalam bahasa Arab, makna "Nuh" ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu dipanggil Nuh mempunyai kisahnya yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.



nabi+nuh_thumb%255B4%255D.jpg



Cerita Nabi Nuh a.s ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu dihadapannya. Rupa anjing bukan seperti anjing-anjing biasa . Anjing yang bermata empat itu berhenti di depannya dengan agak kehairanan.

Nabi Nuh:"Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing biasa yang lain. Mengapa jadi begini? "

Anjing itu pun menjawab: "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang menghendaki mukaku hodoh begini?" Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau?"

Nabi Nuh a.s pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu. Ia menangis tidak henti-henti. Terasa benar kesalahan mengkritik kejadian Tuhan. Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah SWT .

Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

Setelah ditegur Allah SWT mengenai keluarganya yang tidak ikut kebenaran, Nabi Nuh menangis bermunajat selama 300 tahun, kerana malu kepada Allah dengan teguran itu Nabi Nuh tidak mendongak ke langit selama 40 tahun . Wallahu'alam.

sumber Cerita dan Doa dari Hadis dan Al-Quran
 
mohon sumber dari hadis atau alquran..bahaya kalau kita menyebarkan cerita yang tidak sahih lagi2 atas nama nabi..wallahualam
 
sumber tt?
kalau buku tu, penulis tu ambil daripada mana?
 
macam tak betul je.

Quote hadith + ayat Quran.
 
Mohon sumber al-quran dan hadis..... kalo dari kisah israeliyyat, cakap je :D.
 
Back
Top
Log in Register