BTC USD 86,051.5 Gold USD 4,345.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tutorial hack wifi jiran

Den da cuba care tt nie..bg goreng pisang 3 ringgit siap ngan kerak2 dia lg..tp problemnya bila blk rmh tau2 jiran seblah da tukau password die camne tuh..:D:D

try bagi kfc pulok...:D
 
CARA HACK WIFI KAWASAN RUMAH ANDA | Pasti anda tercari-cari cara mudah untuk menggodam WiFi rumah jiran anda. Cara ini sangat mudah dan semua orang boleh melakukannya dan tidak perlu kepakaran komputer yang tinggi untuk melakukannya. Jika anda mencari cara untuk menggodan dan hack WiFi di kawasan kejiranan anda, di sinilah tempatnya. Caranya mudah dan berkesan.



Jika anda sudah bersedia, kita akan memulakan tutorial menggodam dan mendapatkan password di kawasan kejiranan anda.

Jika belum, pastikan anda pergi membasuh muka dan buka mata anda luas-luas.

Caranya mudah.

Ikuti langkah di bawah.

1. Anda kena ada komputer. Kalau takde komputer, macam mana nak akses internet?

2. Kabel komputer kena pasang dan pastikan bil api anda sudah dijelaskan.

3. Jika langkah di atas sudah setel, pastikan anda masuk ke dapur dan cari barang makanan yang boleh dikongsikan dengan orang sekeliling anda.


4. Jika tiada makanan, pergilah ke luar atapun ke pasar untuk membeli goreng pisang dan air tebu. Pastikan beli lebih kerana anda akan memerlukannya untuk menggodam WiFi rumah jiran anda.

5. Jika pisang goreng dan air tebu dah beli, mari kita mulakan cara mudah untuk hack WiFi jiran anda.

6. Ketuk pintu rumah jiran anda dan berikan salam serta senyuman paling menawan.

7. Masuk pintu rumah jiran anda dengan langkah kanan dan duduk dengan sopan.

8. Mulakan bicara sopan anda dengan mengajak tuan rumah minum dan menjamah goreng pisang yang anda bawa tadi.

9. Jika tuan rumah dah sedikit terleka dan kemesraan mula terpancar di wajahnya, inilah masanya untuk bertanyakan kata laluan WiFi rumah beliau.

10. Jika dapat password WiFi hari itu jugak, anda seorang yang bertuah dan sekiranya tak dapat, esok anda cuba lagi.

Itulah cara terbaik untuk mendapatkan password WiFi rumah jiran anda iaitu dengan meminta izin dan pastinya WiFi beliau adalah selamat dan halal digunakan.

Takde pulak button THANKS...:D:D:))
Terbaik ni...:)paid


.​
 
Saje share kalau niat nak mencuri..ehe :D

1. Tungkang share sah sah dapat dosa
2. Tungkang mengaplikasikan pun sah sah dapat dosa
3. Jika tukang penyebar pun dapat dosa
4. Senang cakap kalau nak saham neraka amalkan la selalu

5. Jom doakan kesejahteraan Islam di Mesir
 
dah cube, memang menjadi
 
nak cuba... tp tak jadi pula....krn tak tahu rumah mana yg ada wifi tu...terlalu byk pula...so lupakan sajalah...
 
info yang berguna..
terima kasih tt
 
Jap g aku try buat...
 
Back
Top
Log in Register