BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Turun teksi serah bayi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
MELAKA: “Isteri saya tidak tahu apa-apa dan menerima bayi itu apabila diserahkan seorang wanita tidak dikenali petang Sabtu lalu,” kata pekerja syarikat konsesi pembersihan, Mohd, 59, berhubung kejadian isterinya menerima seorang bayi lelaki, Sabtu lalu.

Menurut Mohd, ketika kejadian isterinya menyapu sampah di halaman rumah apabila tiba-tiba sebuah teksi berhenti dan muncul seorang wanita tidak dikenali yang tergesa-gesa dan bertanya sama ada isteri saya mahu memelihara bayi.


“Dia menyerahkan bayi itu sehelai sepinggang, hanya berbalut kain batik apabila isteri saya bersetuju. Bayi itu sihat dan saya membeli semua barangan keperluannya termasuk susu, lampin dan pakaian,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Terdahulu, dia dan pasangannya memperoleh perintah jagaan sementara terhadap kanak-kanak itu selepas diputuskan Majistret Muhammad Hazri Hanafi, semalam.


Permohonan hak penjagaan sementara itu dipohon melalui Pelindung Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah, Muslim Abdullah dan Nurhezlin Jaafar.


Pegawai itu memaklumkan mahkamah bayi terbabit adalah mangsa seperti dinyatakan dalam Perenggan 17(1) (e), Akta Kanak-Kanak 2001 yang disyaki dilakukan ibu kandung.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Turunteksiserahbayi/Article
 
haiiiiyaakkkk..cm 2 pn leh jadi ka..
 
ok sikit dari org yg ***** buang bayi dlm longkang dan tong sampah...
 
wahhhh dpt baby free. aku pun nak~
 
ok ler tuh..setidak2nya dier tak buang baby tuh..bg pada yang memerlukan
 
bagi mcm tu jer... tp ada hati perut lg la... dripada dia buang kat tong samapah atau campak dalm sungai.. dunia akhir zaman....
 
rasa2 kalau pompuan tu nk balik anak dia, makcik tu nk bg balik tk?
 
Back
Top
Log in Register