BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Turun dahulu tol!

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.JPG

Wong Shu Qi​

JOHOR BAHRU - Kerajaan diseru menurunkan kadar tol di Lebuhraya Link Kedua sebelum berhasrat melarang kenderaan berat untuk tidak menggunakan Tambak Johor sebagai laluan utama sebagai langkah mengurangkan kesesakan di situ.

Pengarah Dasar DAP Negeri, Wong Shu Qi berkata meskipun cadangan untuk tidak membenarkan kenderaan berat melalui Tambak itu masih terlalu awal diperkatakan namun langkah penyelesaian bagi perancangan tersebut perlu diutamakan.

"Saya melihat perkara ini daripada melarang kenderaan berat dari menggunakan Tambak, kita perlu mengurangkan bayaran tol Kelas 2 dan Kelas 3 di Linkedua segera.

"Ia sekali gus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor kerana sesetengah kenderaan berat tersebut akan ke destinasi yang lebih dekat melalui pusat pemeriksaan di Tuas akan beralih ke Gelang Patah (Link Kedua).

"Hampir 70 peratus kenderaan berat kini menggunakan Tambak kerana caj tol di Link Kedua dua kali ganda," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kita perlu terlebih dahulu membuat mengangkut barangan dan orang bekerja dengan cekap barulah kita boleh memberi jaminan pembangunan yang sihat dan mampan.

Saya sepenuh hati menghargai idea menyelesaikan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor oleh Tuanku. Namun, saya dengan rendah diri mencadangkan bahawa kita perlu mendapatkan masalah tetap dengan serta-merta dengan mengurangkan bayaran tol di Link Kedua.

Daripada melarang kenderaan berat dari menggunakan Tambak, mengurangkan bayaran tol Kelas 2 dan Kelas 3 kenderaan di Linkedua segera akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor. Sesetengah kenderaan berat dengan destinasi lebih dekat terletak kepada mereka pusat pemeriksaan Tuas akan beralih ke Gelang Patah.

Mengambil contoh, kenderaan kelas 3 menunjukkan perbezaan bayaran tol antara Tambak dan Linkedua bagi keluar dan masuk melebih 100 peratus manakala bagi kenderaan Kelas 2, perbezaan sekitar 37 peratus hingga 59 peratus iaitu

"Kita memahami mengapa syarikat-syarikat logistik cenderung menggunakan Tambak daripada Linkedua kerana caj tol di Link Kedua adalah terlalu tinggi berbanding dengan Tambak.

"Kerajaan persekutuan harus mempertimbangkan mengurangkan bayaran tol di Link Kedua bagi menggalakkan lebih banyak kenderaan berat menggunakan pintu masuk Gelang Patah," katanya.

Beliau yang juga Adun Senai menyeru Jabatan Pengangkutan Jalan bertindak tegas menjalankan penguatkuasaan di Tambak bagi menyelesaikan masalah ini beban lebihan yang dibawa lori yang dilihat antara penyumbang kesesakan di Tambak.
 
Back
Top
Log in Register