Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
ANKARA - Turki mengusir duta Israel di Ankara dan menggantung kerjasama ketenteraan antara kedua negara, semalam selepas penerbitan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai serangan tentera Zionis ke atas konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu mengumumkan keputusan untuk menurunkan taraf hubungan diplomatik dengan Israel itu beberapa jam sebelum Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dijadual menerima laporan itu.
“Israel gagal menggunakan banyak peluang yang diberikan kami (untuk memohon maaf) atas serangan itu dan kerajaan rejim itu beranggapan mereka berada di atas undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan,” katanya.
Laporan PBB itu diterbitkan, kelmarin dengan mendakwa sekatan perairan Israel ke atas Genting Gaza adalah sah, tetapi negara Yahudi itu menggunakan kekerasan berlebihan tidak munasabah dalam serangan ke atas kapal Mavi Marmara di perairan antarabangsa pada 31 Mei tahun lalu.
Serangan ganas itu menyebabkan sembilan aktivis warga Turki terbunuh sekali gus memusnahkan hubungan Tel Aviv dengan Ankara yang sebelum itu adalah sekutu kuat.