oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
LELAKI warga Pakistan dibawa lari lapan lelaki ketika sedang makan di sebuah restoran mamak di Taman Leng Seng, Cheras pada Selasa lalu sebelum dipaksa membayar tebusan sebanyak RM10,000.
Mangsa berusia 21 tahun yang bekerja sebagai jurujual itu kemudiannya dibebaskan selepas lima jam ‘ditahan’ sebelum dia tampil membuat laporan di Balai Polis Cheras kelmarin.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa ketika itu sedang makan di kedai mamak kira-kira 11 malam sebelum didatangi lima lelaki tempatan dan tiga lelaki warga Pakistan tidak dikenalinya.
Menurut sumber, kumpulan lelaki berkenaan kemudiannya terus membawanya ke satu lokasi tidak diketahui dengan menaiki dua kereta.
“Ketika ditahan kumpulan turut mengacu pisau ke arah mangsa dan mengarahnya supaya tidak melawan jika tidak mahu diapa-apakan.
“Mereka kemudian menghubungi rakan mangsa dan meminta wang tunai sekiranya ingin rakannya itu dibebaskan,” katanya.
Sumber berkata, mereka kemudiannya membebaskan mangsa di hadapan sebuah kedai makan di Chow Kit kira-kira 4 pagi selepas menerima wang terbabit.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Superintendan Annas Sulaiman mengesahkan pihaknya ada menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memburu suspek.
sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/496601/tuntut-rm10000-sebelum-dibebaskan
.