BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tunangku pembelot!

bukan jodoh,terima dengan redho walaupun pait.
 
kepada mimi......

kite kena redha dengan setiap ketentuan Allah pada kite..
mmg sngt2 sukar menerima keadaan dan kenyataan yg dia buat kat kite mcm tu..
tp,kite kena yakin dan percaya,Allah Maha mengetahui..
Dunia ni bulat....ada mse dia juga akan menerima akibat dari perbuatannya..
tutup kisah lama..buka lembaran baru...
percayalah,selagi kite yakin dan x berhenti berdoa,selagi itu Allah akan sentiasa berada disamping kite...insyaAllah
 
Tunangku pembelot!

pix_middle

TAK JADI...Mimi menunjukkan sebahagian barang hantaran perkahwinan yang disediakannya.​

KUALA LUMPUR: Barang hantaran dan kad undangan sudah disiapkan, namun remuk hati seorang wanita apabila tunang kesayangannya tanpa diduga berkahwin dengan orang lain pada tarikh yang ditetapkan untuk majlis perkahwinan mereka.

“Tarikh 4 Jun 2011 sepatutnya dia bersanding dengan saya tetapi luluh hati saya apabila pada hari itu bekas tunang saya diijab kabul dengan wanita lain,” kata wanita itu yang mahu dikenali sebagai Mimi, 25.


Mimi berkata, dia tidak menyangka pengorbanan selama enam tahun berkenalan dengan lelaki itu yang dinamakannya, Z sebelum mengikat tali pertunangan pada 6 April 2007 berakhir dengan titik hitam dalam hidupnya.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya kerana segala persiapan untuk perkahwinan disiapkan keluarga saya dan hanya menunggu tarikh majlis kenduri diadakan.


“Tergamak dia menconteng arang di muka saya dan keluarga, sedangkan saya dan keluarga melayan dia dengan baik sepanjang perhubungan kami,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik yang bekerja sebagai jurujual itu.

-- H.Metro

sabar je kak.. dia bukan yg terbaik untuk akak.. dari dia buat onar lepas kawin, ada baiknye sebegini
 
Back
Top
Log in Register