ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) melihat peluang besar dari beberapa negeri dalam negara yang mampu menjadikan sektor biojisim negara berkembang pesat.
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, Sarawak, Johor dan Pahang mempunyai ladang sawit yang luas dan sekali gus menjadikan kebergantungan kepada bekalan bahan mentah yang baik serta tetap.
"Ekosistem biojisim negara kini agak mudah memandangkan produk dari sektor tersebut telah ditukarkan kepada pelet kelapa sawit dan dijual ke Korea Selatan dan China.
"Kerajaan juga sedang mencari strategi pertumbuhan baharu melalui sektor biojisim yang boleh dimanfaatkan potensinya memandangkan sektor sedia ada sudah dilaksanakan dengan baik," katanya ketika sidang media Persidangan Biomass 2015 di Kuala Lumpur.
Persidangan Biomass 2015 merupakan anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), dalam menggalakkan lagi pemain industri tempatan memberi tumpuan membangunkan sektor tersebut.
Mustapa berkata, negara perlu menjadikan Brazil yang menukarkan sisa tebu kepada etanol untuk dijadikan bahan api sebagai contoh dalam bergerak lebih ke hadapan menghasilkan bioetanol.
"Dengan kos bahan mentah yang kompetitif dalam negara, saya yakin sektor biojisim mempunyai prospek yang lebih baik dan mampu tumbuh dengan pesat untuk 2016," katanya.
Untuk 2014, kerajaan melalui Mida telah meluluskan sebanyak 12 buah projek pelaburan melibatkan industri biojisim di Malaysia dengan nilai pelaburan RM82.9 juta berbanding RM54.6 juta pada 2013.
Manakala pelaburan domestik pula berjumlah RM71.1 juta dan diikuti pelaburan asing RM11.8 juta.