BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tular video lelaki pukul tunang

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Tular video lelaki pukul tunang



PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang dikatakan memukul tunangnya mendapat kecaman orang ramai.

Rakaman orang ramai menenangkan tunang lelaki itu yang menangis ketakutan turut tular di media sosial.

Bagaimanapun, lokasi di mana pergaduhan itu berlaku tidak dinyatakan.

Melalui video tersebut, wanita itu berkata lelaki berkenaan bertindak menarik rambutnya selepas berlaku salah faham antara mereka berdua.

Wanita itu berkata, pergaduhan bermula kerana hal kecil sahaja tetapi tidak menyangka lelaki itu bertindak kasar terhadapnya.

Susulan video itu, pasangan berkenaan menaik muat video berlainan bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

Bagaimanapun apa yang mengejutkan, wanita itu berkata, dia tidak dipukul oleh pasangannya itu dan menyifatkan pergaduhan dalam setiap perhubungan adalah sesuatu perkara biasa.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna menyelar pasangan itu selain menasihatkan agar wanita perlu lebih berhati-hati dengan lelaki yang bersikap kasar terhadap pasangan.

“Bukan benda baru, dah kena pukul lepas itu cepat saja maafkan pasangan. Sudahnya orang yang bantu meleraikan pula disalahkan. Sebab itu kalau nampak perkara begini berlaku, malas nak masuk campur,” kata Adeeba.

“Elak-elakkanlah dapat pasangan macam ini, belum kahwin dah pandai naik tangan. Elok putuskan saja hubungan,” kata OhJang.

“Stockholm syndrome ni. Lelaki itu asyik memandang sebelah dia bila bercakap. Lari jelah dik, sebelum orang jumpa kau tak bernyawa dalam longkang. Aku tak percaya kalau lelaki pakai rantai basikal kat tangan!,” kata Aileen.

“Tunjuk video ini pada abang yang selamatkan perempuan ini, mesti dia menyesal tolong. Sendiri menangis minta tolong, sendiri tak mengaku pula,” kata Nazir.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 59,000 kali di Twitter. – KOSMO! ONLINE
 
"Aku tak percaya kalau lelaki pakai rantai basikal kat tangan!,” kata Aileen.

Jawapan aku : Abang JAGO, kaki gaduh

IMG_20220409_171937.jpg
 
Cliche : "Ramai lagi lelaki yang baik dalam dunia ni"

Untuk wanita yg baik2... Sementara itu untuk Pompuan tak baik buat lelaki tak baik.

Ironinya lelaki bad boi fak boi lebih menarik perhatian pompuan berbanding lelaki biasa2 jer..
 
kpd gadis2 manis, carilah lelaki soleh utk buek jadi suami...ramai yo blh jumpo hari2 solat jemaah masjid & rajin ikut ngaji kuliah ceramah....

insyaAllah tak pukul wanita...

cumo bujang masjid ni biaso pitih takdok ekekekekekeke

susah2 sgt, den FATBOY kan ado ekekekekee
 
Back
Top
Log in Register