balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) semalam mencadangkan kerajaan menimbang kemungkinan menukar warna pakaian seragam polis dan menjadikannya eksklusif untuk pasukan itu sahaja bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
Naib pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sudah tiba masanya anggota polis Malaysia mempunyai warna pakaian seragam khas, yang tidak boleh ditiru pihak lain.
“Saya dimaklumkan bahawa terdapat gambar secara dalam talian yang menunjukkan orang lain, contohnya, daripada Agensi Renjer Khas Malaysia memakai pakaian seragam yang hampir serupa dengan yang dipakai anggota polis, lengkap dengan lambang yang menunjukkan pangkat.
“Ramai orang tidak dapat membezakan antara pakaian seragam polis atau tentera yang tulen atau palsu kerana ia kelihatan hampir sama. Ini mendorong sesetengah pihak menyamar sebagai polis untuk tujuan tidak baik, malah melakukan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini.
Lam Thye juga menyuarakan kebimbangannya tentang perbuatan menjual pakaian polis dan tentera tiruan, yang boleh mengelirukan orang ramai.
“Orang yang tidak menyedarinya boleh menjadi mangsa penipuan mereka yang berpakaian seragam, yang sesetengahnya mungkin terlibat dengan kegiatan keji,” katanya. - Bernama