BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tukang kebun raba pelajar

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Di Kemaman, polis bertindak pantas menangkap tukang kebun raba pelajar

1593932292054.jpeg


Tukang kebun sorok bawah katil raba pelajar
POLIS menahan seorang tukang kebun kerana disyaki menceroboh dan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah asrama sekolah di Kemaman, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata lelaki berumur 32 tahun itu dikatakan memakai topeng muka dan bersembunyi di bawah katil, kira-kira 3 pagi.

"Dalam kejadian itu, suspek dikatakan keluar dari bawah katil secara tiba-tiba dan terus menghampiri tiga pelajar perempuan, lalu meminta telefon bimbit sambil meraba seorang daripadanya di bahagian paha.

"Suspek turut mengugut pelajar berkenaan supaya berdiam diri dan mengancam dengan menyatakan dia mempunyai pisau. Bagaimanapun, seorang daripada pelajar itu nekad menjerit meminta tolong dan melarikan diri," katanya dalam kenyataan di Chukai, hari ini.

Hanyan berkata suspek pada awalnya cuba mengejar pelajar itu namun akhirnya dia melarikan diri.

Kejadian itu hanya diketahui oleh warden apabila menerima aduan melalui aplikasi WhatsApp oleh seorang pelajar perempuan tingkatan lima, kira-kira 3.15 pagi.

"Hasil rondaan warden dan pengawal keselamatan mendapati pagar asrama dipotong dan pisau pemotong dijumpai di bawah katil pelajar yang dikatakan suspek bersembunyi," katanya.

Beliau mengesahkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk ditahan reman bagi membantu siasatan.




sumber:
 
buat la benda yang faedah.. kawal la nafsu tuuuu
 
umor baru 32 bro.. tengah panas lagi

aku rasa dia mmg dah plan lama dah ..

sbb boleh masuk sekolah time malam2 dan tak kantoi dgn guard

mmg masaklah dkt dalam tu..
 
Assuming sekolah melayu

kemungkinan pelajar tersebut tidak menutup aurat nya

kalau dah asrama perempuan, time pukul 3 pagi, takde "KEMUNGKINAN" tidak menutup aurat.

Memang tak tutup aurat sebab memang waktu tu semua perempuan.

tak payah nak provoke sekolah melayu ke cina ke internasional ker.
 
nahh..camni pun ada...dah lama pendam tu....
 
Back
Top
Log in Register