balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
JELUTONG - Penduduk rumah pangsa Mutiara Heights dekat sini, dikejutkan dengan kejadian sembilan motosikal yang terbakar kira-kira jam 3 pagi kelmarin.
Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Mutiara Heights, Nor Amin Ahmad berkata, dalam kejadian berkenaan, tujuh motor hangus sementara dua sempat diselamatkan penduduk.
Menurutnya, kejadian pertama kali di kawasan perumahan berkenaan mengejutkan penduduk serta orang ramai di kawasan berhampiran.
“Kesemua motosikal itu berada di luar kawasan perumahan dan hampir kesemuanya adalah milik penduduk Mutiara Heights.
“Kami percaya ini berlaku disebabkan perbuatan khianat dan tidak puas hati orang luar,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau tidak menolak kemungkinan ia disebabkan perbuatan khianat gara-gara lokasi berkenaan sentiasa menjadi lokasi kegiatan tidak bermoral.
Sebelum ini penduduk sudah pun membuat aduan apabila ada di antara minyak petrol motosikal dicuri serta alatan motor diambil.
Katanya, bagaimanapun penduduk mengharapkan anggota polis untuk membuat teguran kepada mereka yang berkenaan.
“Tapi kami tidak sangka kerana kejadian bakar membakar ini berlaku di tempat kami sendiri.
“Sekiranya tiada tindakan tegas diambil, kami bimbang sekiranya ada pula perkara lain terjadi,” katanya.
Dia juga sebelum ini pernah cuba dikhianati apabila keempat-empat tayar keretanya dibocorkan.
Gesanya, selepas ini KRT akan mengadakan mesyuarat bersama dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan penduduk untuk mengenal pasti punca dan juga mengatasi kejadian berkenaan dari berulang.
“Kami akan berbincang dan berharap anggota polis mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/tujuh-motor-hangus-terbakar-1.143114