BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tudung plastik pun boleh...

The Maut

Super Active Member
Messages
8,335
Joined
Jul 19, 2019
Messages
8,335
Reaction score
175
Points
83
tudunggg_1567260491.jpg

NUR Fariza memakai 'tudung plastik' selepas tudung dipakainya basah terkena hujan.

“MUJURLAH ada plastik untuk saya tutup kepala, asalkan menutup aurat.”
Demikian jawapan Nur Fariza Mohd, 28, selepas sekeping gambarnya memakai plastik sebagai pengganti tudung menjadi tular di media sosial.
Dia tidak menyangka perkongsian dengan rakan baiknya menjadi tular, namun mengambil positif setiap komen dilontarkan netizen.

Menceritakan kisah berlaku pada 28 Ogos lalu, Nur Fariza berkata, dia yang menjual minyak enjin secara atas talian perlu menghantar barangan berkenaan kepada pelanggan di Puchong.
“Ketika itu hujan lebat, saya perlu singgah dulu di rumah di Putrajaya untuk mengambil barangan berkenaan berikutan stok dalam kereta sudah tiada.
“Ketika keluar dari kereta, tudung saya sudah basah kuyup dan setibanya di rumah, saya tarik satu tudung lain namun tercicir ketika mahu memasukkan dalam beg,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Katanya, dia tidak memeriksa beg dibawa dan keluar tergesa-gesa dari rumah kerana memikirkan pelanggannya sudah menunggu lama.
“Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi, saya melihat tudung diambil tiada dalam beg dan segan untuk berjumpa dengan pelanggan dalam keadaan tudung dipakai basah kuyup.
“Saya mendapat idea sebaik melihat plastik besar yang sentiasa berada dalam kereta dan mula mengoyak plastik berkenaan untuk dijadikan tudung.
“Kebetulan, dalam kereta saya memang tersedia jarum peniti dan saya mula mereka serta melilit plastik berkenaan sebelum menjadi 'tudung plastik',” katanya.
Nur Fariza berkata, dia kemudian membentuk plastik berkenaan menjadi 'awning' dan kemudian keluar berjumpa pelanggan.
“Saya akui pelanggan berkenaan sedikit terkejut melihat 'tudung' saya dan tergelak, lantas bertanya adakah itu plastik.
“Namun, saya hanya tersenyum dan sebaik urusan perniagaan kami selesai, saya terus bergegas pulang,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian mengirim gambar 'tudung' berkenaan kepada rakannya yang memuat naik di Twitter.
Katanya, dia terkejut berikutan ia menjadi tular, namun diharap perkongsian kreatif itu menjadi pengajaran dan idea kepada semua kerana ketika itu dia berada dalam keadaan darurat.

 
Mmm..kalau betol bagusla dik,tapi kalau saja mintak kena viral takyahla.
 
rasanya, saja nk viral. rasanya la. wallahualam
 
biar laa dia nak viral pun..

viral benda baik kan..

tik tok korang layan plak..

:p
 
myk hitam apa la die jual tu
 
Harap ada pereka tudung yg cipta tudung yg kalis air pasni. Sesuai untuk dipakai sewaktu hujan gerimis mengundang ketika nak memutuskan hubungan dengan pemuda yg tiada harapan.
 
Back
Top
Log in Register