BTC USD 84,228.5 Gold USD 4,145.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tuan Guru Nik Aziz - biografi

SubhanALLAH..saya respek Tuan Guru Nik Aziz..semoga ALLAH lanjutkan usia n rahmati kehidupan rakyat dibawah naungan beliau,Amin..
 
Kecian hamba tuhan Ni Aziz nie. Awal2 hidup banyak tuntut ilmu. Tapi skarang dah usia lanjut, dari apa yg dikatakankan, tanda ilmunya tak manfaat

Makin berilmu patut makin rendah diri. Jangat riak sangat lah ok.
Jgn yakin sgt bahawa kita lagi lagi beriman, lagi islam dari orang lain.
Skarang pulak bersongkol dgn puak yg nyata2 menolak Islam.
Jadi pada puak2 assobiah, muhasabah lah diri. Nak angkat pun agak2 lah. Malu sendiri nanti.

Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara. Karena itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) kedua saudara kalian, dan bertakwalah kalian kepada Allah supaya kalian *mendapatkan rahmat. 49 10

adakah dia menunjuk...?ak rsa tak...info2 yg kita dapat ni adalah daripada org2 yang sebarkan bknnya Tuan Guru sruh sebarkan..
 
pemimpin yang aku sanjung...Allahuakbar..

PM skrang? apa pon x boleh...
Hanya pantun ni saja yang aku boley bagi...

Dipakai keris berserta songkok,
Melaung nama nusa penuh rahi,
Bagai ayam kuat berkokok,
Ekornya penuh bersalut tahi.

Sangat setuja tuan...
Mcm anjing kuat menyalak,dpt tulang senyap!!
 
image.png
 
Teringat ms tahun 1998. Lepas anwar kn buang umno.
Ada org ramal atgna jd pm.

Takde rezeki malaysia nak diterajui oleh ulamak.
 
‪Tergerak hati aku untuk menulis sedikit mengenai pengalaman aku dengan al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Pengkalan Chepa 1974-1986.‬

‪Aku menganggotai PAS pada 1981. Menjadi staf Pejabat Agung PAS, aku sering bertemu Nik Aziz di pejabat apabila pimpinan parti bermesyuarat Jawatankuasa Kerja atau Dewan Harian.‬

‪Semasa Nik Aziz menjadi Ahli Parlimen dalam tempuh 1982-1986, aku sering menemaninya bersama Allahyarham Syed Muhammad, seorang sahabat dan rakan aktivis dalam parti.‬

‪Ramai tidak tahu dimana Nik Aziz menginap sewaktu beliau menjadi Ahli Parlimen.‬

‪Hari ini, setelah lebih 34 tahun berlalu, aku ingin memberitahunya.‬

‪Kerana itu hari ini aku keluar ke Kuala Lumpur. Pertama kali aku keluar sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020.‬ Aku keluar semata-mata untuk merakam gambar tempat menginap Nik Aziz semasa beliau menjadi Ahli Parlimen.‬

‪Tempat menginap Nik Aziz itu di berdekatan Masjid Pakistan. Ia sebuah hotel murah bernama “Rumah Tumpangan King’s” atau “Hotel King’s” milik seorang Cina bukan Islam.‬

‪Hotel itu mengenakan kadar bayaran RM25 sehari pada tahun 1980an. Hotel King’s masih wujud, tetapi kini ditutup kerana COVID-19. ‬ Hari ini tadi, aku semak kadarnya RM40 sehari.

‪Dalam pengetahuan aku, tidak ada mana-mana Ahli Parlimen sejak Merdeka hingga kini menyewa rumah tumpangan sedemikian semasa persidangan mesyuarat Dewan Rakyat. Kebanyakan mereka tinggal di hotel-hotel mewah atau membeli kondominium persendirian di Kuala Lumpur.‬

‪Hampir setiap malam aku menemani Nik Aziz makan malam di sebuah gerai tom yam tepi jalan di seberang Hotel King’s.‬

‪Pada siang hari, Nik Aziz akan menjamu selera selalunya di gerai Pak Rahman bersebelahan stesen minyak berdekatan Pejabat Agung PAS, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. ‬

‪Bukan cara Nik Aziz waktu itu untuk makan di tempat-tempat mewah.‬

‪Dari awal lagi, aku telah menyaksikan kehidupan dan gaya hidup amat sederhana Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Banyak pengalaman hidup dan pemikiran aku garapi dengan mendekatinya dahulu.‬

‪Sekian.‬

 
Back
Top
Log in Register