BTC USD 84,092.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tuan Guru Nik Aziz - biografi

david.cronenberg

Active+ Member
gem
Messages
3,763
Joined
Nov 14, 2011
Messages
3,763
Reaction score
27
Points
371
Nama: Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Tarikh lahir : 10 Januari 1931
Tempat lahir : Pulau Melaka, Kelantan
Pasangan : Datin Hajjah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak
Anak : 10 orang (5 lelaki & 5 perempuan)
Agama : Islam


nik+aziz+lama.jpg



Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".


Tuan-Guru-Nik-Aziz-.jpg
[/IMG]


Kehidupan peribadi

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.


Pendidikan

Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[4] Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.

Beliau juga pernah belajar di:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
Universiti Deoband, India – 1952
Universiti Lahore, Pakistan - 1957
Universiti al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.


Beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa Melayu, Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.


solat+istisqa3.jpg


PEKERJAAN

Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.



9b0e9191395fb8fbd5e08b217c7bd0cc_XL-754383.jpg


Kerjaya politik

Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.
Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini.Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.

Beliau dituduh mengamalkan kronisme dengan melantik menantunya Ariffahmi sebagai CEO PMBK, tetapi beliau menyatakan perlantikan itu berdasarkan kelayakan pendidikan tinggi dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan. Ariffahmi akhirnya meletak jawatan.



pok+nik2.jpg


Kesihatan

Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung.[13] Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.
Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.
“Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.
 
Last edited:
boleh cakap 5 bahasa. sangat hebat. salah seorang yg patut di contohi. semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.
 
Siapa dia Nik Mat bin Raja Banjar?

Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar, ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini, ialah seorang ulama yang terkenal pada zamannya dan almarhum juga dikenali sebagai Haji Nik Mat Alim.Ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini juga dikenali dengan gelaran ‘Haji Nik Mat Pongoh’ di kalangan penduduk sekitar Kedai Lalat dan Pulau Melaka. Gelaran ‘Pongoh’ itu diberi kerana almarhum dikatakan bersikap keras dan bengis terhadap anak-anak dan murid-muridnya.Ayah saya cerita, semua anak gadis yg tak bertudung dan anak muda berseluar pendek tak berani nak berjumpa dengan Tuan Guru Haji Nik Mat.

Kalau yang perempuan dia akan mengamuk dan akan tarik rambut dan yang lelaki dia akan rotan sekuat hati.Siapa pula Raja Banjar….merupakan datuk kepada Nik Abdul Aziz…sikap dan perangainya amat berlainan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Nik Mat. Raja Banjar merupakan seorang yg amat bengis dan gedebe serta tidak mengambil perhatian yang berat terhadap pelajaran anak-anaknya. Penduduk dan kawasan Kampung Kedai Lalat dan sekitarnya dahulu terkenal sebagai sarang golongan samseng dan ‘kaki pukul’ .Maka seorang anaknya, Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat, telah mengambil daya usahanya sendiri untuk mendapatkan pelajaran agama daripada ulama-ulama tempatan pada waktu itu.


Menurut Cikgu Tuan Mat bin Haji Tuan Kechik, setelah Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat mendapat didikan agama di Pondok Haji Omar Mentuan dan Pondok Tok Kenali, Allahyarham telah menunjukkan sikapnya yang tidak mahu bertolak ansur dengan sesiapa sahaja tentang ajaran agama Islam.Antara kisah yg menarik ialah “Allahyarham secara nekad dan berani menyembelih beberapa ekor ‘ayam pelaga’ kesayangan ayahandanya sendiri yang disimpan dalam satu sangkar yang istimewa.’Ayahandanya yang bengis itu tidak berkata apa-apa apabila diberitahu bahawa orang yang menyembelih ayam pelaga kesayangannya itu ialah anaknya sendiri yang bernama Nik Mat,” kata Cikgu Tuan Mat.Peristiwa tindakan Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat menyembelih ‘ayam-ayam pelaga’ kesayangan ayahandanya itu telah menggemparkan masyarakat setempat kerana sebelum itu tidak ada seorang insan pun yang sanggup dan berani menentang ayahandanya itu yang amat bengis dan gedebe itu.


Apa yg kita dapat simpulkan disini ialah: 1) Betullah nasyid nyanyian Raihan…..iman tidak dapat diwarisi….benda ni sebenarnya kena cari. Sama seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat iaitu ayah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Asalnya bukan alim sangat pun….tapi dia berusaha keras….rasanya boleh dijadikan role model kepada kita….2) Istiqamah dalam hidup dan mendidik anak….hingga terbentuk pada peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz…..Sampai tok cha (sami budha) pun ade cakap….org ni (Tuan Guru Nik Aziz)…..bagus punyer org.Ini merupakan kisah benar dan dirujuk di dalam Portal rasmi Pejabat Menteri Besar http://mbkelantan.disanasini.com/isi/diariberita/siapa_nik_aziz.html) dan pengalaman hidup saya sepanjang 27 tahun kenal ayah zid…dari dulu sampai sekarang begitulah dia….tak banyak berubah……saya tumpang bangga kenal dia….tapi tak lah sebaik dia.

Akhir kata…saya petik kata-katanya apabila dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1990″Sebenarnya kalau ditanya jiwa halus saya, saya tidak hendak jadi Menteri Besar. Apa yang saya hendak ialah saya menumpang berdakwah di atas dunia Allah Ta’ala ini,” katanya.
 
Last edited:
pemimpin yang aku sanjung...Allahuakbar..

PM skrang? apa pon x boleh...
Hanya pantun ni saja yang aku boley bagi...

Dipakai keris berserta songkok,
Melaung nama nusa penuh rahi,
Bagai ayam kuat berkokok,
Ekornya penuh bersalut tahi.
 
Di antara pemimpin islam yang amat aku sayangi.
 
pernah bincang dengan seorang ustaz pro umno
ustaz tersebut kata tuan guru nik aziz adalah bertaraf ulama
haram katanya kita mencela TGNA kerana taraf keilmuan yang dimilikinya.

jika terdapat kelemahan, itulah dia sebagai makhluk biasa yang tidak maksum...

********************************************************************************

Faktor utama kejayaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam bidang pelajaran dan pohtik adalah kerana didikan daripada almarhum ayahandanya yang terkenal sebagai seorang ulama yang bersikap tegas dan keras terhadap pendidikan anak-anaknya.

Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar, ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini, ialah seorang ulama yang terkenal pada zamannya dan almarhum juga dikenali sebagai Haji Nik Mat Alim.

Ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini juga dikenali dengan gelaran 'Haji Nik Mat Pongoh' di kalangan penduduk sekitar Kedai Lalat dan Pulau Melaka.

Gelaran 'Pongoh' itu diberi kerana almarhum dikatakan bersikap keras dan bengis terhadap anak-anak dan murid-muridnya. Almarhum ialah seorang ulama yang mengambil perhatian yang berat terhadap pelajaran anak-anaknya.

Menerusi pondok Pulau Melaka yang diasaskannya itu, almarhum telah mendidik anak-anaknya bersama-sama dengan ratusan pelajar lain yang datang dari seluruh ceruk rantau Asia Tenggara.

Di Pondok Pulau Melaka inilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mendapat didikan awal daripada almarhum ayahandanya bersama-sama dengan pelajar-pelajar lain.

Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat tidak dapat bertolak ansur dengan anak-anaknya tentang pelajaran dan pakalan. Anak-anaknya diperintahkan supaya memakai kain pelikat, baju Melayu, memakai songkok atau kopiah putih. Dan anak-anaknya dilarang keras berambut panjang.

Perintah-perintah ini bukan sahaja ditujukan kepada anak-anaknya tetapi juga kepada semua muridnya di pondok itu.

Menurut anaknya, Nik Din (adik kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz), almarhum ayahandanya telah mewajibkan anak-anaknya bangun pada jam 4.00 pagi setiap hari untuk membaca dan menghafaz Al-Quran.

"Selepas menunatkan solat fardhu Subuh, kami diperintahkan supaya mengulangkaji dan menghafaz nahu-saraf bahasa Arab.

"Pada sebelah petang, selepas sembahyang Asar, kami diwajibkan mempelajari ilmu tajwid dan membaca Al-Quran.

"Dan selepas sembahyang Maghrib, kami ikuti pelajaran Hadith dan tafsir Al-Quran.

'Kalau ada antara kami yang terlewat bangun dari waktu yang telah ditetapkan, kami akan dihukum, dan paling kurang, kami akan dijiruskan dengan air sebelum waktu Subuh," kata Nik Din.

Nik Din selanjutnya menerangkan bahawa disiplin pada zaman abang-abang (zaman Nik Aziz) dan kakak-kakaknya adalah lebih keras dibandingkan dengan disiplin yang dikenakan terhadap adik-adiknya.

Beliau juga menceritakan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan adik-adiknya pernah dipukul kerana tidak menghafaz pelajaran sebagaimana yang diperintahkan.

Begitulah kerasnya disiplin Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat terhadap anak-anaknya dalam soal pelajaran dan soal-soal yang ada hubungkaitnya dengan ajaran agama Islam.

Di samping mengenakan disiplin yang ketat kepada anak-anaknya dalam soal pelajaran, Allahyarham juga menggalakkan anak-anaknya supaya menceburkan diri dalam bidang pertanian. Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat sangat berminat dalam bidang pertanian dan anak-anaknya telah dikerahkan supaya membantunya dalam bidang pertanian.

Untuk menggalakkan anak-anaknya supaya membantunya bertani Allahyarham telah membayar upah lima puluh sen kepada tiap-tiap seorang anaknya yang berjaya menggali satu lubang untuk menanam sebatang pokok rambutan.

Selain daripada mengajar dan berdakwah, Allahyarham menghabiskan masa lapangnya dengan menanam pokok rambutan, durlan, nenas, pisang dan tanaman-tanaman lain di sekeliling pondoknya di Pulau Melaka itu. Allahyarham juga dikatakan pernah berkebun secara lebih serius di luar kawasan Pulau Melaka.

Oleh kerana Allahyarham begitu berminat sekali dalam bidang pelajaran agama dan pertanian, maka antara syarat untuk memilih bakal menantunya juga diutamakan kepada mereka yang mendapat didikan agama dan sanggup menjadi petani sepenuh masa. Oleh sebab itulah, Allahyarham Haji Nik Amat, iaitu suami kepada Nik Zainab (kakak kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz) telah menjadi menantunya yang pertama.

Allahyarham Haji Nik Amat merupakan seorang ulama dan seorang petani yang gigih telah membuka pondok dan berkebun di Batu Balai, Jerantut, Pahang. Beliau memang berjaya dalam kedua-dua bidang ini.

Ekoran daripada perpindahan Nik Zainab mengikuti suaminya itu maka beberapa orang adiknya yang terdiri daripada Haji Nik Abdullah, Nik Wajih dan Hajah Aishah bersama-sama suaminya turut berpindah ke Batu Balai, Jerantut.

Kesemua anak dan menantu Allahyarham Haji Nik Mat Alim yang berada di daerah Jerantut ltu masing-masing telah memiliki kebun getah dan kebun durian. Mereka boleh dianggap sebagai pekebun yang berjaya.

Walaupun anak-anak dan menantu Tuan Guru Haji Nik Mat itu berhijrah ke Pahang sebagai pekebun, tetapi mereka telah dilengkapi dan dibekali dengan ilmu dan pengetahuan agama yang membolehkan juga mereka menjadi pendakwah.

Inilah keistimewaan anak-anak dan menantu Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat yang telah memberikan didikan yang berkesan di Pondok Pulau Melaka sebelum berhijrah atau berpindah ke kawasan lain.

Hasil daripada sikap tegas terhadap anak-anaknya itu, maka semua anaknya patuh kepada perintah Tuhan, dan tidak melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam yang maha suci, taat kepada ibu bapa dan berjaya dalam lapangan hidup yang mereka ceburi.

Walaupun anak-anak perempuannya hanya setakat menjadi suri rumah tangga sahaja, tetapi mereka mampu untuk menjadi pendakwah atau guru agama kerana mereka telah mendapat didikan dan latihan daripada orang tua mereka, Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar.

Anak perempuannya yang sulung, Nik Zainab binti Haji Nik Mat, turut belajar bersama-sama suaminya dengan Allahyarham Tok Khurasan di Kampung Sirih, Kota Baharu dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan almarhum ayahandanya adalah antara murid-murid Tok Khurasan pada waktu itu. Encik Taib, anak Tok Khurasan, menceritakan bahawa tidak ramai murid ayahnya sedar tentang kehadiran seorang perempuan berguru kepada ayahnya pada waktu itu kerana kehadirannya secara tertutup dan rahsia.

"Keluarga saya sendiri pada mulanya tidak menyedari adanya anak perempuan Haji Nik Mat bersama-sama suami dan adiknya (Haji Nik Abdul Aziz) mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh Allahyarham Tok Khurasan. Ada tabir melindungi keluarga Haji Nik Mat di madrasah itu,' jelas Encik Taib lagi.

Kisah ini sengaja dipaparkan untuk membuktikan bahawa Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat Alim itu seorang ulama dan seorang bapa yang mementingkan pelajaran anak-anaknya sehinggakan anak perempuan sulungnya juga ikut belajar bersama-samanya dengan Tok Khurasan dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu.

Tidak ramai anak perempuan atau golongan muslimat yang turut menadah kitab untuk belajar secara sepenuh masa dalam tahun-tahun 1940an dahulu. Tetapi Tuan Guru Haji Nik Mat sudah memandang betapa pentingnya pelajaran untuk anak-anaknya walaupun anak perempuan.

Menurut beberapa orang tua yang rapat dengan keluarga Tuan Guru Haji Nik Mat di Kedai Lalat, disiplin yang ketat dan kawalan yang keras ke atas anak-anaknya itu bukan sahaja telah memberi kesan yang positif kepada kehidupan anak-anaknya, malah telah memberi manfaat kepada anak-anak muridnya iaitu mereka yang seangkatan dengan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.

Seorang daripada anggota keluarganya, Haji Nik Ali bin Raja Ismail, yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Ayah Li’ memberitahu saya bahawa hampir semua bekas muridnya telah berjaya menghadapi cabaran hidup kerana berkat daripada asuhan dan latihan yang keras daripada Allahyarham Tuan Guru Haj i Nik Mat.

AllahyarhamTuan Guru Haji Mat mempunyai 27 orang anak daripada empat orang isteri. Sembilan daripadanya telah meninggal dunia dan yang masih hidup seramai 18 orang. Antara yang masih hidup itu ialah sepuluh lelaki dan lapan orang perempuan.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah anak yang kedua daripada isterinya yang pertama, Cik Aminah binti Majid. Anak-anaknya daripada isteri yang pertama adalah seperti yang berikut:


Nik Zainab - ikut suami, Allahyarham Haji NikAmat, membuka tanah berkebun dan membuka sekolah pondok di Batu Balat, Jerantut, Pahang.
NikAbdulAziz
Nik Khadijah
Nik Azizah - suri rumah, sekarang menetap di Ayer Lanas.
Nik Rozi, lulusan Universitt Al-Azhar, sekarang pensyarah di Institut Teknologi MARA, Shah Alam.
Nik Hassan - meninggal dunia ketika berusia 18 tahun.
NikAbdul Rahman - meninggal dunia ketika berumur 7-8 tahun.
Nik Anuar - meninggal dunia ketika masih menyusu.
Daripada isteri yang kedua, Hajjah Kalthum binti Awang, Allahyarham mendapat seorang anak lelaki yang bernama Nik Hussin, bekas tentera berpangkat Pegawai Waran bahagian perubatan di Kem Terendak, Melaka.
Daripada isteri yang ketiga. Tengku Mariam, Allahyarham mendapat tujuh orang anak:


Haji Nik Abdullah - pekebun di Batu Balai, Jerantut.
Nik Wajih - membuka tanah kebun di Batu Balai, Jerantut.
Hajah Nik Aishah - ikut suami membuka tanah dan berkebun di Batu Balai, Jerantut.
Nik Nordin (Nik Din) - lulus SPM dan 4 Thanawi, bertugas di Syarikat Telekom Malaysia.
Hajjah Nik Aminah - Lulus 4 Thanawi.
Nik Muhammad Nasim - bertugas di Pejabat Pemegang Harta di Kota Baharu.
Dan anak-anak daripada isteri yang keempat, RajaTijah binti Raja Mamat:

Nik Zubaidah - suri rumah.
Nik Mariam - suri rumah.
Nik Daud - seorang peniaga di Kuantan, Pahang.
Nik Rosnah - suri rumah.
Nik Muhammad Ajun - masih belajar di Universiti Al-Azhar
Kalau diperhatikan daripada kelulusan anak-anaknya dan pekerjaan yang diceburi oleh mereka jelaslah bahawa hasratnya untuk melihat anak-anaknya berjaya dalam bidang pelajaran dan pertanian telah dimakbulkan oleh Allah yang Maha Kaya.
Faktor utama kej ayaan anak-anaknya itu adalah kerana mereka patuh dan tunduk kepada garis-garis panduan yang diberi oleh ayahanda mereka.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sendiri mengakui bahawa kejayaannya sekarang ini adalah kerana berkat daripada asuhan dan didikan almarhum ayahandanya.

"Lebih daripada separuh kejayaan saya di bidang pendidikan dan politik harus diberi kepada almarhum ayahanda saya hasil daripada didikannya yang begitu terasa kekesanannya," ujar Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.

Disiplin yang ketat yang dikenakan ke atasnya telah menjadikan beliau sebagai seorang anak yang paling taat kepada kedua ibu-bapanya, dan sekaligus menjadikan beliau seorang hamba Allah yang patuh kepada ajaran agama Islam yang maha suci.

Satu hakikat yang harus diakui ialah sifat wara’ dan merendah diri yang dimiliki oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sekarang adalah kesan daripada ajaran, didikan dan disiplin yang dikenakan ke atasnya oleh almarhum ayahandanya ketika masih dalam alam kanak-kanak hinggalah ke alam dewasa.

Dalam erti kata lain, almarhum ayahandanyalah yang telah membentuk peribadinya untuk menjadi seorang abid yang berdisiplin, patuh kepada perintah Allah dan beristiqamah dalam perjuangan untuk menegakkan hukum Allah di negara ini.
 
Last edited:
pemimpin yang aku sanjung...Allahuakbar..

PM skrang? apa pon x boleh...
Hanya pantun ni saja yang aku boley bagi...

Dipakai keris berserta songkok,
Melaung nama nusa penuh rahi,
Bagai ayam kuat berkokok,
Ekornya penuh bersalut tahi.

setiap manusia yang dilahirkan kedunia ini ada kelebihan yang telah dianugerahkan olehnya, allah tidak menyukai makhluk dimukabumi ini menghina sesama sendiri malahan memburuk2kan dan mengeji,renungilah ayat2 al-quran dan ambil iktibar nescaya hidup kita diberkati..amin.....
 
Siapa dia Nik Mat bin Raja Banjar?

Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar, ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini, ialah seorang ulama yang terkenal pada zamannya dan almarhum juga dikenali sebagai Haji Nik Mat Alim.Ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini juga dikenali dengan gelaran ‘Haji Nik Mat Pongoh’ di kalangan penduduk sekitar Kedai Lalat dan Pulau Melaka. Gelaran ‘Pongoh’ itu diberi kerana almarhum dikatakan bersikap keras dan bengis terhadap anak-anak dan murid-muridnya.Ayah saya cerita, semua anak gadis yg tak bertudung dan anak muda berseluar pendek tak berani nak berjumpa dengan Tuan Guru Haji Nik Mat. Kalau yang perempuan dia akan mengamuk dan akan tarik rambut dan yang lelaki dia akan rotan sekuat hati.Siapa pula Raja Banjar….merupakan datuk kepada Nik Abdul Aziz…sikap dan perangainya amat berlainan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Nik Mat. Raja Banjar merupakan seorang yg amat bengis dan gedebe serta tidak mengambil perhatian yang berat terhadap pelajaran anak-anaknya. Penduduk dan kawasan Kampung Kedai Lalat dan sekitarnya dahulu terkenal sebagai sarang golongan samseng dan ‘kaki pukul’ .Maka seorang anaknya, Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat, telah mengambil daya usahanya sendiri untuk mendapatkan pelajaran agama daripada ulama-ulama tempatan pada waktu itu.Menurut Cikgu Tuan Mat bin Haji Tuan Kechik, setelah Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat mendapat didikan agama di Pondok Haji Omar Mentuan dan Pondok Tok Kenali, Allahyarham telah menunjukkan sikapnya yang tidak mahu bertolak ansur dengan sesiapa sahaja tentang ajaran agama Islam.Antara kisah yg menarik ialah “Allahyarham secara nekad dan berani menyembelih beberapa ekor ‘ayam pelaga’ kesayangan ayahandanya sendiri yang disimpan dalam satu sangkar yang istimewa.’Ayahandanya yang bengis itu tidak berkata apa-apa apabila diberitahu bahawa orang yang menyembelih ayam pelaga kesayangannya itu ialah anaknya sendiri yang bernama Nik Mat,” kata Cikgu Tuan Mat.Peristiwa tindakan Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat menyembelih ‘ayam-ayam pelaga’ kesayangan ayahandanya itu telah menggemparkan masyarakat setempat kerana sebelum itu tidak ada seorang insan pun yang sanggup dan berani menentang ayahandanya itu yang amat bengis dan gedebe itu.Apa yg kita dapat simpulkan disini ialah: 1) Betullah nasyid nyanyian Raihan…..iman tidak dapat diwarisi….benda ni sebenarnya kena cari. Sama seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat iaitu ayah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Asalnya bukan alim sangat pun….tapi dia berusaha keras….rasanya boleh dijadikan role model kepada kita….2) Istiqamah dalam hidup dan mendidik anak….hingga terbentuk pada peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz…..Sampai tok cha (sami budha) pun ade cakap….org ni (Tuan Guru Nik Aziz)…..bagus punyer org.Ini merupakan kisah benar dan dirujuk di dalam Portal rasmi Pejabat Menteri Besar http://mbkelantan.disanasini.com/isi/diariberita/siapa_nik_aziz.html) dan pengalaman hidup saya sepanjang 27 tahun kenal ayah zid…dari dulu sampai sekarang begitulah dia….tak banyak berubah……saya tumpang bangga kenal dia….tapi tak lah sebaik dia……akhir kata…saya petik kata-katanya apabila dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1990″Sebenarnya kalau ditanya jiwa halus saya, saya tidak hendak jadi Menteri Besar. Apa yang saya hendak ialah saya menumpang berdakwah di atas dunia Allah Ta’ala ini,” katanya.

Mohon TT edit perenggan supaya mudah dibaca. Dah berpinar mata aku nak baca. pasai sayang kat tok guru punya pasai, abis juga aku membacanya.
 
Moga Allah merahmati beliau...tak terkata aku melihat cara hidup dan akhlak Tok Guru...
 
Dah tua dan kekadang uzur masih menjalankan tanggungjawab...bukan senang..
 
Back
Top
Log in Register