BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tsunami 2004 masih diingati

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
RIBUAN penduduk Asia memperingati ulang tahun kelima bencana tsunami semalam dengan pelbagai upacara keagamaan dan perhimpunan di tempat awam.

Di wilayah Aceh, sambutan dibuat dengan bacaan doa di masjid-masjid. Aceh mencatat paling ramai mangsa dengan 170,000 orang maut dan 37,000 orang hilang.

Di Sri Lanka, Presiden Mahinda Rajapakse mengetuai upacara tafakur manakala stesen radio dan TV tiada siaran tepat pukul 9.25 pagi.

Dianggarkan 31,000 penduduk pulau itu maut dan 4,000 hilang dalam bencana itu.

Di India, nelayan Chennai tidak turun ke laut sebagai menghormati 10,000 nyawa yang maut di negara itu.

Kira-kira 230,000 terbunuh di 13 buah negara Asia dan Afrika dalam tsunami pada 2004 termasuk Malaysia dengan 68 maut. – AFP
 
mmg sadis kalau teringat kisah ni...
 
ada rahmatnya,
tak tercapai dek akal manusia
utk memikirkannya.
 
IMG_20211226_115028_710.jpg

Hari ini 17 tahun yang lalu, tsunami dahsyat membadai Aceh, Indonesia.

Pada 7.59 pagi itu, gempa bermagnitud 9.3 berlaku di dasar Lautan Hindi, 160 batu dari barat pulau Sumatera, yang berlanjutan selama 10 minit. Ia menghasilkan tsunami yang tenaganya dianggar 2 kali ganda seluruh bom yang digunakan pada Perang Dunia II.

Tidak sampai 20 minit, gelombang tsunami itu sampai ke pantai Sumatera & menghancurkan wilayah di utara pulau itu, Aceh. Ombaknya tinggi mencecah 80 hingga 100 kaki, melenyapkan seluruh komuniti di situ dalam masa beberapa minit.

Tsunami deras & serpihan objek yang dibawa bersamanya itu membunuh sekitar 130,000 hingga 160,000 nyawa daripada keseluruhan 320,000 populasi Aceh, dengan lebih 500,000 hilang tempat tinggal. 1/3 daripada mangsanya adalah kanak-kanak.

Tatkala Aceh sedang musnah, gelombang tsunami itu yang bergerak pada kelajuan 800 km/j tiba di Thailand sejam setengah selepas detik gempa, membadai wilayah Phang Nga & Phuket. Ia membunuh hampir 5,400 nyawa termasuk 2,000 pelancong luar.

Malaysia tidak terkecuali apabila ombak besar turut menyapu negeri pantai barat & membunuh 67 nyawa Paling teruk terkesan adalah Pulau Pinang dengan 52 kematian, 12 di Kedah (khususnya di Langkawi), 2 di Perak & 1 di Selangor.

Tsunami tersebar ke serata Lautan Hindi & menghentam Sri Lanka, 90 minit selepas gempa. Tidak sekuat di Aceh atau Thailand, tetapi sekitar 30,000 nyawa juga terkorban sebelum sampai ke Chennai, India di mana lebih 10,000 penduduk terbunuh.

Malah, tsunami merentas sejauh 5,000 batu & sampai ke pantai timur Afrika - 10 maut di Tanzania, 3 di Seychelles & 1 di Kenya. Malah 2 orang turut terkorban di Afrika Selatan, tempat terjauh dari titik gempa yang menerima kesannya.

Secara keseluruhannya, dianggarkan hampir 228,000 nyawa melayang - sekitar 190,000 disahkan mati dengan 40,000-45,000 hilang/dipercayai maut. Ia antara bencana alam membunuh yang terburuk dalam sejarah yang direkodkan.

Sumber: History, Britannica

#PeristiwaHariIni
 
IMG_20231226_213909_457.jpg


Melawan lupa . . .

19 tahun lalu iaitu pada 26 Disember 2004, telah berlaku gempa Bumi berkekuatan magnitud 9.1–9.3 di luar pantai barat Sumatera utara pada kedalaman 30 kilometer sehingga mencetuskan Tsunami yang mencapai ketinggian 30 meter di beberapa kawasan.
Tsunami telah melanda banyak negara di sekitar lautan Hindi dan selat Melaka termasuk Malaysia.

Secara keseluruhan, jumlah mangsa yang terkorban dianggarkan melebihi 200 ribu orang.

* Imej Banda Aceh sebelum dan selepas Tsunami.
 
Back
Top
Log in Register