BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Trump serah trofi Piala Dunia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

Trump serah trofi Piala Dunia​

3587166.webp

Trump dijangka bersama Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menyerahkan trofi kepada juara.

FINAL Piala Dunia 2026 antara Argentina dan Sepanyol bakal menyaksikan perubahan pada acara menjulang trofi apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka bersama Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menyerahkan trofi kepada juara.

Kehadiran Trump mencetuskan perhatian kerana kebiasaannya Presiden FIFA memainkan peranan utama dalam acara penyerahan trofi selepas final, namun FIFA mengesahkan presiden negara tuan rumah akan turut terlibat.

Infantino berkata, perkara itu pernah berlaku pada edisi 2022 apabila bekas Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani bersama beliau menyerahkan trofi kepada kapten Argentina, Lionel Messi.

Situasi itu mengingatkan kepada kejohanan Piala Dunia Kelab tahun lalu apabila Trump kekal di atas pentas ketika Chelsea meraikan kejayaan selepas menewaskan Paris Saint-Germain pada final.

Ketika itu, tindakan Trump yang terus berada di pentas mencetuskan kehairanan dalam kalangan pemain Chelsea, termasuk Cole Palmer yang mengakui tidak menyangka Presiden AS itu akan kekal ketika acara menjulang trofi.

Selain perubahan acara penyerahan trofi, final kali ini turut menyaksikan beberapa elemen baharu seperti pemberian cincin kejuaraan kepada pemenang serta persembahan separuh masa ala Super Bowl.
 
Back
Top
Log in Register