balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
REUTERS - TRUMP bercakap pada satu sidang akhbar di Palm Beach, Florida pada 15 Mac lepas
LONDON – Calon utama Parti Republikan, Donald Trump akan menjadi ancaman global setara dengan keganasan kumpulan-kumpulan militan yang mengancam ekonomi dunia sekiranya terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), menurut badan penyelidik Britain, Economist Intelligenge Unit (EIU).
Dalam laporan terbaharu risiko global, EIU meletakkan kemenangan calon utama Republikan itu pada kedudukan ke-12 indeksnya, manakala kemelesetan ekonomi China yang mendapat penarafan 20 merupakan ancaman paling utama.
Dalam justifikasinya, EIU mengetengahkan dasar Trump yang menyisihkan China dan komennya tentang keganasan kumpulan militan Islam.
“Usul Trump untuk menyekat orang Islam daripada memasuki AS menjadi alasan kukuh untuk kumpulan-kumpulan militan merekrut ahli baharu,” kata EIU.
Badan berkenaan turut menyebut tentang kemungkinan perang perdagangan berlaku sekiranya Trump memimpin AS, manakala dasar taikun hartanah itu juga tidak konsis*ten dan kerap berubah.
“Beliau benci perdagangan bebas termasuk terutamanya Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan berulang kali melabelkan China sebagai pemanipulasi mata wang.
“Beliau juga mendukung pendirian keras berhubung isu Asia Barat dan keganasan kumpulan Islam. Trump menyokong untuk membunuh keluarga pengganas dan melancarkan serangan darat di Syria bagi menghapuskan kumpulan Islamic State (IS) serta me*rampas telaga minyak IS,” kata EIU
Selain Trump, ancaman global lain yang dinyatakan oleh EIU termasuk pertempuran di Laut China Selatan, kemungkinan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah dan krisis hutang dalam pasaran. – AFP