BTC USD 81,822.1 Gold USD 4,145.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trip Borong Ke Bangkok

saya folo thread ni dari masa bujang lagi
skarang dah anak 2
.
.
semoga tt sihat sentiasa. thread ni sangat berguna. melalui thread nilah aku belajar borong di bangkok. banyak sangat pengalaman berguna.
 
Transport hantar pulang barang

Dia area Chatuchak Market, ada beberapa ejen untuk hantar barang ke Malaysia.

Tapi kalau di Pratunam, ada banyak ejen untuk hantar barang ni.

Kalau korang sampai di pratunam, aku cadangkan korang pergi survey beberapa ejen kargo ni.
X lah kelam kabut macam aku hari tu. Takut nanti mereka tutup, x sempat hantar barang.

Kat sini ada 2 jenis, satu pakai kapal terbang biasanya DHL.
Aku tanya rate adalah 140 bath untuk sekilo. Dia siap bungkuskan barang kita dalam kotak secara percuma.

Satu lagi, pakai jalan darat. Cara ni yg paling murah.
Ratenya 50 kilo kebawah 120 bath.
50 - 100 kilo 90 bath sekilo.
100 kilo keatas 85 bath.

Dan aku punya lebih dari 200 kilo, ratenya 70 bath sekilo.

Ada satu lagi jenis shipping kat sini yg x menggunakan kilo tapi menggunakan cubic meter.

Rate aku x tau, nanti korang survey kat sana leh bgtau kat sini.
Bg aku, kalau barang kecil tapi berat contoh pakaian, baik amik yg guna cubic meter.

Ok....
Kenapa aku suruh korang survey dulu awal2 pasal shipping ni?

Sebab bila kita beli barang, pasti kita beli sedikit2 dulu, pastu hantar kat bilik.
X kan kita nak pikul suma barang kita keliling pratunam kan?
Jadi mestilah penghantaran adalah perkara terakhir dan hari terakhir kan?
Senang kita nak bajet nak ke lapangan terbang supaya x lambat.

Ok....
Macam aku lepas aku kumpulkan suma barang aku yg hanya dalam plastik bag sahaja letak di bawah hotel.
Aku pi survey ejen. Dah ok, dia akan hantar orang ikut kita untuk amik barang kita.
Bila dah amik, dia akan masukkan dlm guni.
Pastu kita tulis alamat dan no tel kita pakai marker pen kat atas guni. Pastikan tulis lebih dari satu contact no untuk memudahkan ejen di'Malaysia kol kita.
Kemudian baru dia timbang.
Kira harga, dan bayar.

Kata ejen tu, biasa 7 hari akan sampai barang dan paling lambat 10 hari.
Dan ngam2 7 hari barang aku sampai.

Macam kawan aku, dia dah biasa amik barang kat sana, bila dah cukup shopping, dia akan kol ejen shipping ni.
Pastu ejen tu akan amik sendiri barang dia di hotel. Itu sahaja.
Dlm 5 hari barang dia sampai di rumah, dalam seminggu baru dia bayar kos transport tadi.

Dengan hanya satu kol ejen dia uruskan suma dengan dia hanya berehat di bilik.
Senangkan?
Tq utk info.. boleh x share no agent yg buat shipping tu. ☺️
 
ejen shipping courier apa yg TT guna ye? yg boleh direct to sabah malaysia?
 
Back
Top
Log in Register