BTC USD 82,885.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trip Borong Jakarta

magnesium

Legendary Member
gem
Messages
10,544
Joined
Apr 18, 2010
Messages
10,544
Reaction score
309
Points
131
Salam warga cg,

Saya bercadang untuk belajar memborong di tanah abang, jakarta 2 minggu lagi.

Sesiapa yg ingin turut serta amatlah di alu-alukan. Sesiapa yg pergi memborong dlm tempoh terdekat boleh lah kiranya saya join sekali untuk menuntut ilmu dan sesiapa yg mempunya ilmu memborong di jakarta amatlah saya berbesar hati jika dapat di kongsikan di sini.
 
Antara perkara yg ingin saya pelajari ialah

Hotel terdekat, perlu booking atau tidak dan rate sewa per malam.
 
Teksi atau bas dari airport ke tanah abang atau hotel penginapan.

Rate dan masa perjalanan.
 
Shipping atau ekspedisi dari jakarta ke malaysia door to door.

Rate, cara penghantaran, delivery period dan tips2 berkaitan.
 
Barang borong yg utama di tanah abang dan barang yg harus kita consider untuk di beli.
 
Makanan yg sedap sewaktu di tanah abang.
 
Do and dont's semasa di tanah abang sebab daripada pembacaan tanah abang terkenal juga dengan jenayah.
 
Tempat2 borong yg lain seperti mangga dua dan thamrin city.
 
Lain2 perkara yg harus kita ambil perhatian sewaktu di sana.
 
Terima kasih terdahulu pada sesiapa yg sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang tanah abang.
 
Back
Top
Log in Register