BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trend warnakan mata semakin popular

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
96b10a5efe67e8c92e1f0cdb54fa5115.jpg

9-modificaciones-corporales-extremas-8-618x523.jpg

20130210123738ce9.jpg

image.jpg

Seorang gadis bernama Kylie Garth memilih warna biru untuk mewarnakan matanya. AGENSI

SYDNEY 16 Nov. - Prosedur mengubah warna anak mata semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar aktiviti ‘pengubahsuaian badan’ di Australia.

Mail Online melaporkan, sekurang-kurangnya 20 orang penduduk negara ini mewarnakan sclera atau bahagian mata berwarna putih menggunakan prosedur diperkenalkan pakar pengubahsuaian badan dari Amerika Syarikat (AS), Luna Cobra.

Walaupun doktor memberi amaran prosedur tersebut boleh mengakibatkan buta dan kanser, namun jumlah mereka yang berminat mengikut trend terbaharu itu semakin ramai.

“Mewarnakan mata sudah menjadi trend dalam kalangan individu yang gemarkan sesuatu yang luar biasa. Apa yang membimbangkan, terdapat segelintir individu mewarnakan mata tanpa mendapat khidmat pakar,” menurut Cobra.

Cobra memberitahu, dia mendapat idea menawarkan khidmat itu selepas melihat gambar seorang rakannya yang melakukan prosedur berkenaan dengan cara menyuntik dakwat berwarna ke dalam sclera.

Aktiviti mewarnakan mata mula menjadi popular pada tahun 2012 setelah gambar milik banduan dari AS, Jason Barnum yang menghitamkan matanya tersebar di laman sosial.

Sejak itu, mewarnakan anak mata menjadi trend bagi mereka yang sukakan kelainan.

Kos prosedur mengubah warna anak mata menelan belanja AS$3,900 (RM 17,084) dan warna tersebut akan kekal di dalam mata.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...semakin-popular-1.159175#sthash.eQAfwWLz.dpuf
 
Tak lama,lagi melayu ikut laa ni...... Oh mahal tu nak buat,takpa. Melayu takdak duit,depa cari trend lain
 
Cari penyakit..nk ubah ciptaan Allah buatapa..mudarat nnt..
 
mcm kena penyakit jerk mcm ni,x takut buta ke diorg nih
 
bagus jgk barat buat camni. buatlah ramai2 kasi genetik tu rosak. tp jgnlah kita org islam ikut plak.
 
Lepas ni banyak le yang nak tukar mata biru... orang kita ni bukan boleh tengok yang pelik2... nak ikut jer...
 
orang melayu pertama warnakan mata pasti jadi viral
 
Macam-macam jenis boddo ada. Tapi ini boddo tahap paria.
 
Back
Top
Log in Register