BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Treler bawa sabun meletup

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
CHENG - Sebuah treler muatan detergen, cecair pencuci dan peluntur jenama terkenal meletup sebelum terbakar di bahagian enjin dalam kejadian di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang, pemandu treler Nursirin Abdullasa, 31, segera keluar dari lori seberat 36 tan itu sebaik sahaja mendengar letupan dari bahagian depan selepas memasuki susur ke Lebuh SPA menghala persimpangan lampu isyarat Stadium Hang Jebat.

Menurutnya, dia yang datang dari arah Alor Gajah dalam perjalanan menghantar stok ke stor simpanan sementara Gangsa, Alor Gajah sebelum mendengar bunyi letupan dan memberhentikan treler di bahu jalan berhampiran pasar raya Cheng.

“Saya melihat bahagian enjin sudah terbakar dan bimbang berlaku kejadian tidak diingini saya menjauhi treler sebelum menghubungi bomba," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II Mokhtar Othman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.26 petang dan tiba di lokasi 11 minit kemudian.

“Ketika sampai api sedang marak di bahagian kepala treler namun dengan kekuatan anggota seramai 12 orang termasuk dari BBP Ayer Keroh, api dapat dikawal daripada merebak ke bahagian belakang pada jam 2.49 petang.

“Kerja-kerja pemadaman sepenuhnya bagaimanapun hanya selesai pada jam 3.47 petang membabitkan ruang muatan berikutan terdapat asap walaupun api sudah dipadamkan di bahagian hadapan,” katanya di sini.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/treler-bawa-sabun-meletup-1.342497
 
xpelik. sabun sememangnya bole 'meletupkan'
 
Back
Top
Log in Register