BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trauma ular kapak masuk rumah

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
kapak.jpg.transformed.jpg

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) menangkap ular kapak yang berkeliaran di bahagian dapur rumah penduduk di Country Villa,Tanjung Batu, Bintulu. - Foto Erika George



BINTULU: Hasrat sebuah keluarga menikmati makan tengah hari terbantut selepas menemui seekor ular kapak dewasa menjalar di bahagian dapur rumah mereka di Country Villa, Tanjung Batu, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, kehadiran ular berbisa terbabit disedari oleh salah seorang penghuni apabila dilihat bersembunyi di bawah dapur.

Bimbang dengan keselamatan ahli keluarganya, penghuni berkenaan menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi meminta bantuan.

Ketua Skuad APM Bintulu, Korporal Dayang Suliana Awang Salleh, berkata beliau bersama tiga rakan setugas bergegas ke lokasi kejadian bagi menangkap reptilia berkenaan.

"Anggota APM mengambil masa kira-kira setengah jam bagi menangkap haiwan berbisa itu, menggunakan alat penyepit khas sebelum memasukkannya ke dalam guni," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sejurus berjaya ditangkap, ia dibawa ke sebuah kawasan belukar berhampiran untuk dilepaskan semula ke habitat asalnya.

"Ular kapak atau nama saintifiknya, Trimeresurus sp adalah spesies berbahaya dan boleh mengancam nyawa manusia.

"Ia biasanya akan keluar mencari kawasan bersesuaian akibat cuaca panas, kehilangan habitat atau gangguan manusia selain untuk dan mencari sumber makanan," katanya.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/03/404560/trauma-ular-kapak-masuk-rumah









.
 
musim panas sekarang ni, ular cari tempat sejuk. pastikan kawasan sejuk rumah anda selamat. #:-S#:-S#:-S
 
sejauh mana bisa ular kapak ni ? ada sesapa tau atau boleh compare dgn ular lain?
 
di facebook ada group id ular..banyak boleh belajar pasal ular dalam tu..ular kapak ni bahaya..
 
ular kapak apa nie... xbiasa l;ak tengok... biasa tgk kapak batik tu ja
 
lipan pon suka merayap dlm jamban..
 
Back
Top
Log in Register