BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tragedi mandi sungai

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,660
Points
201
FB_IMG_1625048309855.jpg
FB_IMG_1625048312190.jpg
FB_IMG_1625048314127.jpg

Tragedi mandi sungai

Bintangor: Remaja lelaki yang dihanyutkan arus deras semasa mandi di Sungai Bakong, dekat sini, petang semalam ditemui lemas awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintangor berkata, mayat Putra Fadillah Abdullah, 17, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 6.05 pagi tadi pada jarak 30 meter dari lokasi mangsa mandi petang semalam.

Katanya, mayat ditemui terapung di pinggir sungai.

"Sejurus itu, pasukan kita mengangkat mayat ke daratan dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sarikei untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan hari ini.

Dalam kejadian 3.45 petang semalam, mangsa dikatakan sedang mandi bersama rakannya sebelum terjatuh dan dibawa arus deras sungai.

Rakan mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian kepada ibu bapa mangsa sebelum laporan dibuat berhubung kejadian.

*hmetro
Gambar: Bomba
 
Saya kecik2, berani main sungai paras betis je.
Takut betul (mungkin sbb x reti berenang).

Jd saya nasihat kpd anda2 yang tak cukup ilmu di dada, usah berenang di air dalam.
😁
 
Back
Top
Log in Register