BTC USD 77,677.1 Gold USD 4,393.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tragedi gunting rambut raya sampai leher luka

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,563
Top Poster #9
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,563
Reaction score
4,820
Points
266
WhatsApp-Image-2023-04-20-at-11.11.34-AM.jpeg
Seorang individu mendakwa lehernya luka akibat kecuaian tukang gunting rambut sewaktu mendapatkan perkhidmatan tersebut di sebuah kedai di Shah Alam semalam.
  • Oleh KOSMO!
  • 20 April 2023, 11:21 am
PETALING JAYA – Pemilik akaun Twitter @dideedayat semalam, berkongsi satu tragedi yang menimpanya ketika mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Shah Alam.
Dakwanya, lehernya telah mengalami kecederaan akibat kecuaian si tukang gunting rambut tersebut.

“Blood and cut (bedarah dan gunting), didn’t even say sorry (dan tiada langsung ucap maaf).
“Bila aku point out (bersuara) Bro (abang) darah ini luka banyak. Dia merungut apa benda tah, aku malas gaduh bulan puasa ini, aku bayar dan pergi. This for RM23. Auto banned (Harga potong rambut RM23, terus ‘boikot’),” ciapnya.

Tambah individu itu lagi, tukang gunting melakukan kerja sambil menyanyi dan mungkin menjadi penyebab kepada kecuaian berlaku.
“Barber (tukang gunting) sibuk karaoke lagu Hindi clubbing. Masa luka itu aku dah cakap dah sakit, lepas itu dia tengok dan buat tak tahu sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, aduan telah dibuat kepada pengurus kedai berkenaan, dan individu tersebut berharap agar satu tindakan dapat diambil supaya para tukang gunting rambut akan lebih berhati-hati ketika memberi perkhidmatan kepada pelanggan. – KOSMO! ONLINE

 
hahah sape ada jambang gan misai tebal.. memang da lali luka2 ni

sekarang biasanya saya suruh jangan guna pisau lagi dah, potong biasa je .. cukur saya boleh buat sendiri kat rumah .. dah bertahun saya cukur sendiri, kalau bagi tangan orang lain mesti luka atau dia tarik dalam, kulit rasa pedih ..
 
sekarang biasanya saya suruh jangan guna pisau lagi dah, potong biasa je .. cukur saya boleh buat sendiri kat rumah .. dah bertahun saya cukur sendiri, kalau bagi tangan orang lain mesti luka atau dia tarik dalam, kulit rasa pedih ..

ya.. azab seksaan cukur lawan arus... bawah tarik keatas hahahah
 
Back
Top
Log in Register