abdullah abd wahab
Active+ Member
- Messages
- 2,814
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2010
- Messages
- 2,814
- Reaction score
- 429
- Points
- 46
BANGKOK: Satu insiden letupan akibat pembakaran bunga api untuk meraikan Tahun Baru Cina di negara ini menyebabkan empat orang maut dan hampir 90 yang lain cedera, manakala lebih 100 kediaman terbakar, kata pihak berkuasa, semalam.
Pihak berkuasa percaya letupan lewat malam semalam disebabkan oleh api daripada pembakaran bunga api yang terkena timbunan roket tidak digunakan yang dipamerkan di bandar Suphan Buri kira-kira 100 kilometer di barat laut Bangkok. Menurut pegawai kerajaan, Somjate Phromsunthorn, tiga petugas mati serta-merta di tempat kejadian, manakala seorang pengunjung wanita maut akibat kecederaan dialaminya.
Letupan itu menyebabkan kepulan asap tebal di udara dan turut memekakkan telinga pengunjung, menurut laporan media tempatan.
Imej televisyen menunjukkan kediaman dan kenderaan yang rentung selepas api daripada letupan itu merebak ke kawasan penempatan berkenaan. Saksi, Krianee Kitpat berkata, dia berdiri di depan rumahnya ketika kejadian itu berlaku.
“Saya nampak api daripada letupan bunga api itu menuju ke arah kediaman saya lalu saya terus berlari ke dalam rumah,” katanya sambil memberitahu dia cedera akibat terkena serpihan kaca daripada akuarium ikan yang retak ekoran insiden itu. - AFP