BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,289.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trading Arbitrage - Teknik Zero Risk?

Assalamualaikum Geng CG,

nak tanya kat sini ada tak yang trade gune teknik Arbitrage?
Dengar khabar angin teknik nie zero risk betul ker?

Minta tunjuk ajar dari geng CG yang mana tahu teknik nie.
macam best jer teknik nie.

Sedikit info mengenai Teknik Arbitrage

Sesetengah trader menganggap Arbitrage trading sebagai strategy tanpa risiko. Sesetengah pula menganggapnya sebagai trick, seperti kita melihat seekor kucing yang cuba menguis seekor ikan yang dipanggang di unggun api.

Secara teori, risiko adalah minimum.
Ada tiga jenis Teknik Abritrage trading di sini antaranya:

1. Triangle Arbitrage

Cuba anda cari pair yang biasanya bergerak pantas (seperti EUR/USD dan USD/JPY), price untuk pair yang bergerak lebih perlahan seperti EUR/JPY akan dapat ditentukan dengan mendarab (atau membahagi, etc) price pair yang bergerak pantas (EUR/USD dan USD/JPY).

Jadi, sebagai contoh, jika price EUR/USD pada 1.4871 dan USD/JPY pada 108.24, secara logik nya price EUR/JPY adalah pada 1.4871 x 108.24 = 160.96. Tetapi, pada masa yang sama, anda akan melihat price EUR/JPY adalah pada 160.90, ketinggalan 6 pips di belakang.

Pair yang bergerak perlahan biasanya akan ketinggalan di belakang logical price (hasil daripada price pair yang bergerak pantas). Anda akan melihat peluang untuk membuat keuntungan daripada konsep logical price tadi.

Secara praktikal, matawang di-quote dengan bid dan ask spread. Jadi trader mesti berhati-hati bahawa dia sebenarnya buy pada quoted ask price, dan sell pada quoted bid price. Kos transaksi selain spread, seperti komisen juga perlu diambil kira dimana ia boleh menjejaskan strategi makan free ini. Trader perlu memilih broker yang mempunyai pip spread yang rendah untuk triangle pair tersebut dan zero comission trading.

2. Hedging Arbitrage

Teknik ini adalah yang paling selamat, dan merupakan teknik hedging yang paling menguntungkan disamping menetapkan risiko pada kadar yang minimum. Teknik ini menggunakan arbitrage roll over interest rates (swap) di antara dua broker yang berlainan.

Salah satu broker yang membayar atau mengecaj roll over interest (swap) di penghujung hari, dan broker yang kedua tidak membayar atau mengenakan caj swap pada sepanjang masa. Sekarang ada banyak broker memperkenalkan swap free akaun. Idea utama disebalik Hedging arbitrage ini adalah untuk membuka posisi trade anda pada currency yang mengenakan rate swap yang tinggi seperti GBP/JPY di dalam broker yang membayar swap interest yang tinggi di penghujung hari. Dan pada masa yang sama, anda membuka reverse position pada broker yang tidak mengenakan swap untuk membawa trade anda ke hari berikutnya.

Dengan cara ini, anda akan dapat mengumpul interest atau swap positif yang dikreditkan ke dalam akaun anda. Tak ada risiko.

3. Netting Arbitrage

Idea utama disebalik Netting arbitrage adalah perbezaan diantara cross rates (seperti EUR/USD, GBP/USD dan EUR/GBP) dalam market yang berbeza.

Sebagai contoh, anda membuka position seperti berikut:

1. Buy 1 lot EUR/USD pada price 1.4867
2. Sell 1 lot EUR/GBP pada price 0.7591

3. Dan sell 0.76 lot GBP/USD pada price 1.9586

Rahsia nya adalah pada nilai lot dan open price pada position GBP/USD.
A. 0.76 lot trade GBP/USD adalah diambil dari 0.7591 price pada EUR/GBP
B. 1.9586 open price trade GBP/USD adalah hasil bahagi price EUR/USD dan EUR/GBP (1.4867/0.7591 = 1.9586)

Netting tadi akan memberikan anda keputusan trade seperti di bawah:

Buy EUR dari pair pertama dan sell EUR pada pair kedua memberikan result zero exposure pada EUR.

Buy GBP dari pair kedua dan sell GBP pada pair ketiga juga memberikan result zero exposure pada GBP.

Sell position dari pair pertama ($148,670.00) pada USD dan buy position pada pair ketiga (195,860.00*0.76) pada USD memberikan anda profit sebanyak $183.60 tanpa open position dan exposure.

Senang? Tidak kepada small trader, mungkin senang bagi big brothers sahaja. Kerana agak susah dengan mengambil kira faktor spread, slippage, stop-loss hunting dan pelbagai peraturan yang dikenakan oleh broker.

Buat masa ini broker yang terima Teknik Arbitrage adalah XGlobal Markets
"Hard work beats talent when talent fails to work hard"
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15393
USD / JPY
155.288
GBP / USD
1.34707
USD / CHF
0.81917
USD / CAD
1.39253
EUR / JPY
178.996
AUD / USD
0.71255
Back
Top
Log in Register