Salam semua,
Selain dari menguruskan liabiliti dan refund payment kepada baki client-client yang masih menunggu, Ada beberapa klien yang menghubungi pihak TVFXM dan bertanyakan tentang FREE GIFT (Baju, Mug dan Beg) yang layak dimiliki.
Saya telah mendapatkan keputusan muktamad dari team OLD MANAGEMENT dan NEW MANAGEMENT bahawa semua FREE GIFT tersebut akan diserahkan pada mereka yang layak apabila selesai proses ambikalih dilakukan sepenuhnya. Saya juga telah difahamkan bahawa logo baru dan nama baru yang akan dicetak diatas "goodies" tersebut untuk diedarkan pada mereka yang layak.
Yang keduanya, ada beberapa individu yang secara sengaja agak sinis memberikan komen di Carigold ni tentang proses apa yang berlaku. Setiap usaha dan perkara yang dilakukan oleh pihak OLD MANAGEMENT dibuat adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah tertunggak dan kelewatan dari segi bantuan teknikal yang diperlukan oleh klien. Pihak TVFXM memerlukan seseorang yang mempunyai kekuatan modal yang cukup besar bagi menampung permintaan yang tinggi untuk deposit/withdrawal dan kos bagi menguruskan beberapa warga kerja TVFXM. Maka, pihak OLD MANAGEMENT telah bersetuju untuk menjual perniagaan ini, bagi memastikan TVFXM maju kehadapan untuk terus memberikan servis sebagai Perantara IB(IB) untuk klien lama dan baru.
Jadi, diharap semua usaha yang dilakukan berjalan lancar agar semua masalah-masalah berbangkit dapat diselesaikan dalam waktu telah ditetapkan.
TQ
.