Dianey
Active Member
- Messages
- 2,232
- Joined
- Jan 28, 2008
- Messages
- 2,232
- Reaction score
- 72
- Points
- 30
make sure ko angkat call from Sharuzi esok, jgn suka2 tulis kat sini je...dah dekat setahun ko tak pernah angkat call dia....USD3K tu bukan sikit
kalau aku yang hutang orang, aku yang akan usaha call orang tu....ko aku tak tau la ko pikir camana
Abang Rahimi.. perkara ni patutnya bincang ngan saya personally sebab deal kita ni tiada kena-mengena dengan TVFXM. Tetapi, alang-alang dah post kat sini biar saya buka sikit cerita bagi semua orang tahu.
1) Perjanjian lisan asal saya dengan EN Suhaimi iaitu tuan punya company SBH Platinum Resources masih terngiang-ngiang dari mulut yang dikeluarkan olehnya sendiri bahawa persetujuan saya dilantik sebagai trader SBH Platinum Resources tiada sebarang risiko dari diri saya. Dia mengatakan, saya hanya perlu buat untung dan akan dinikmati oleh saya dan SBH Platinum Resources. En Suhaimi juga menerangkan jika account tersebut rugi saya “TIDAK MEMPUNYAI APA-APA RISIKO”.
2) Hendak dijadikan cerita, seperti yang semua maklum FOREX adalah salah satu perniagaan berisiko maka saya hanya sempat menghasilkan keuntungan 1 kali dan sebelum menghasilkan keuntungan untuk kali kedua... saya tidak dapat menghasilkan keuntungan lagi dan mengalami kerugian. Apabila kerugian, saya STOP melakukan trading keatas account tersebut. Dan ingin saya beritahu... bukan semua jumlah 100% MODAL tersebut rugi. Ada lagi baki yang mampu dijana untuk COVER kerugian yang ada. Saya difahamkan samada En Shahruzi sendiri atau trader SBH Platinum Resources yang lain takeover account tersebut dan melakukan trade terhadap akaun tersebut apabila saya telah tidak berminat lagi menjadi trader SBH Platinum dan saya tidak melakukan apa-apa trade terhadap account tersebut apabila ada trader lain yang trade keatas account tersebut.
3) Atas dasar tanggungjawap, walaupun telah diberitahu secara lisan oleh tuan punya company waktu awal-awal melantik saya sebagai trader saya tidak akan bertanggungjawap terhadap risiko kerugian... saya sendiri mengatakan MAHU MENGGANTI kerugian tersebut. Tetapi waktu itu, saya belum mampu mengeluarkan sebarang bayaran untuk menggantikannya. Dan waktu itu juga, saya terlibat dalam salah satu lagi company FOREX yang melantik saya sebagai trader lebih awal dari SBH Platinum Resources yang dimana En Suhaimi sendiri tahu tentang perkara ini. Pada saya, kalau betul mahukan saya mengganti semula kerugian tersebut tolonglah hubungi saya personally.. bukannya En Rahimi tidak tahu macam mana nak cari nombor telefon baru saya setelah fon lama saya tidak digunakan lagi. Malahan, nombor telefon saya telah saya serahkan pada member baik En Rahimi iaitu Abang Rodi selepas fon lama telah ditukar. Di CG ni pun boleh PM saya kalau mahu.
4) Itu yang saya beritahu deal ni tak sepatutnya pegi cerita kat sini... sebab ini melibatkan banyak perkara dan perlu sit down untuk settlekannya. Bukannya dengan cara Abang Rahimi post di forum dan keluarkan kata-kata kesat pada saya dengan harapan perkara ini akan selesai.
.
