BTC USD 84,627.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Tottenham Hotspur

tak hebat mana ler mek ct...

:)) :))
 
Kelab ni badi.. wpun ada pemain yang baik tapi tak boleh pergi jauh...
 
mantap Spurs main mlm tu...hampir2 memalukan City..nasib baik Hart beraksi cemerlang
 
Redknapp idam gegar Eropah

PARIS: Harry Redknapp bakal mencatat satu lagi pencapaian besar sepanjang kariernya selaku pengurus apabila membimbing kelabnya, Tottenham melangkah ke saingan Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam sejarah penubuhan kelab itu.
Redknapp mengambil alih jawatan di Spurs sejak musim lalu dan beliau berjaya menamatkan saingan di kelompok empat pasukan terakhir Liga Perdana Inggeris.

“Setidak-tidaknya, saya boleh bercerita kepada anak cucu saya bahawa kami menamatkan saingan di tangga keempat ketika tahun pertama saya di Tottenham dan kami juga ke Liga Juara-Juara’,” kata Redknapp.

Kini Redknapp yang juga pernah mengurus Bournemouth, West Ham, Portsmouth (dua kali) dan Southampton sepanjang 27 tahun lalu, perlu memastikan Spurs menang pertemuan play-off timbal balik menentang kelab Swiss, Young Boys jika mahu melangkah ke peringkat kumpulan.

Selepas seri tanpa jaringan dengan Manchester City, Sabtu lalu, impian Redknapp untuk ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dilihat bukanlah mustahil.

Skuad Young Boys ditumbangkan 5-2 secara agregat oleh Red Star Belgrade pada pusingan kelayakan kedua edisi 2004/2005 sebelum dibelasah 5-1 oleh Real Madrid pada pusingan pertama Piala Eropah 1986/87.

Pertemuan awal pagi ini serta pertemuan kedua minggu depan akan membawa kenangan tersendiri buat pertahanan Young Boys, Scott Sutter yang membesar di London selain pernah menjadi peminat setia di White Hart Lane.

“Memang sesuatu yang mengejutkan apabila mendapat tahu dua pasukan yang terpaksa bertarung di peringkat awal ini ialah kami dan Tottenham,” kata Sutter kepada www.uefa.com.

“Saya melonjak sambil menggenggam penumbuk. Saya pernah meminati kelab itu dan pernah memiliki tiket semusim dan kini, saya berpeluang bermain di White Hart Lane. Ia sesuatu yang memang saya impikan.” Ketika 10 tempat menjadi taruhan, Spurs bukanlah satu-satunya kelab yang mahu layak ke peringkat kumpulan.

Turut beraksi awal pagi ini ialah Ajax, Rosenborg, Sparta Prague dan juara Piala UEFA 2008, Zenit-St Petersburg. - AFP

my meTro
 
Pavlyuchenko penyelamat Spurs

BERN, Switzerland - Roman Pavlyuchenko menyelamatkan maruah Tottenham Hotpsur daripada malu besar pada aksi pertama playoff Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Dalam pertemuan menentang Young Boys, Spurs tewas mengejut 2-3 kepada kelab kurang ternama dari Switzerland itu.

Bagaimanapun, Spurs harus berterima kasih kepada Pavlyuchenko apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-83.

Jaringan tersebut menghidupkan kembali perjuangan Spurs setelah mereka ketinggalan 0-3 hanya selepas beraksi 28 minit di padang rumput tiruan di Stadium Stade de Suisse.

Biarpun pada mulanya menganggap peluang ke saingan peringkat kumpulan tampak bakal berkubur, pengurus Spurs, Harry Redknapp kini yakin pasukannya masih mampu layak apabila mereka menanti kunjungan Young Boys di laman sendiri awal pagi Khamis depan.

"Jika dilihat, ia merupakan kekalahan yang agak memalukan. Ketika ketinggalan 0-3, kami mula berputus asa dan pemain kelihatan tidak gembira serta tidak yakin ketika di atas padang.

"Tetapi jaringan hebat Pavlyuchenko meletakkan kami kembali dalam persaingan. Saya kagum dengan kemampuannya," kata Redknapp.

Young Boys mendahului 3-0 hasil jaringan Senad Lulic pada minit keempat, Henri Bienvenu (13) dan Xavier Hochstrasser (28) sebelum Spurs merapatkan kedudukan menerusi Sebastien Bassong (42).

Dalam pada itu, Redknapp menegaskan, dia tidak bersetuju dengan penggunaan padang rumput tiruan untuk saingan Liga Juara-Juara.

"Saya lihat para pemain kurang gembira berlatih di atas padang ini. Bagaimanapun, Young Boys bermula dengan baik dan mereka banyak menekan kami," jelasnya.- Agensi

Kosmo
 
Redknapp tekad raih 3 mata di Stoke

STOKE: Harry Redknapp berdepan ujian pertama untuk menilai sama ada anak buahnya memiliki kekuatan yang mencukupi dalam Liga Perdana Inggeris selepas ujian Liga Juara-Juara, apabila Tottenham bertandang ke Stoke, hari ini.

Barisan Redknapp mengintai kemenangan pertama Liga Perdana musim ini selepas sekadar seri tanpa jaringan menentang Manchester City Sabtu lalu, tetapi mereka berdepan ujian getir dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara menentang Young Boys.

Tewas 3-2 dalam perlawanan pusingan pertama di Switzerland, Spurs memerlukan kemenangan di gelanggang sendiri Rabu ini bagi melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan pertandingan kelab utama Eropah itu, sekali gus menjadikan perlawanan di Stadium Britannia bukan keutamaan Redknapp.

Penyenaraian Ledley King antara keputusan penting yang perlu dibuat pengurus Spurs itu kerana pertahanan itu jelas bergelut dengan kecederaan lutut kronik yang mungkin menyaksikan dia terlepas aksi menentang Young Boys sekiranya diturunkan melawan Stoke.

King sendiri mengerti betapa pentingnya aksi saingan Eropah.
“Selepas bekerja keras musim lalu, musibah yang melanda pada peringkat ini menghancurkan segala-galanya,” katanya.
“Kami tidak mahu memikirkannya. Kami perlu positif dan sedar bahawa kami adalah pasukan terbaik yang bersedia menghadapi perlawanan itu.”

Luka Modric juga mengalami masalah hamstring manakala Jermain Defoe mengadu mengalami kesakitan pangkal paha.

“Saya perlu mengeluarkan Luka pada separuh masa pertama dan Jermain dalam separuh masa kedua,” kata Redknapp. “Kedua-duanya belum pasti beraksi.” – AFP

Berita Harian
 
tewas kepada kelab kurang ternam ...keh..keh..keh...player dah world class
 
Back
Top
Log in Register