BTC USD 84,855.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Tottenham Hotspur

the big four will back on normal this season :)
 
Modric sandaran julang Tottenham

LONDON: Harry Redknapp percaya keputusan perancang Croatia, Luka Modric untuk kekal di Tottenham akan menjadi batu loncatan buat melakar satu lagi musim yang bakal dikenang di White Hart Lane.

Sambutan keraian masih belum berakhir selepas kejayaan Tottenham mengesahkan tempat keempat Liga Perdana Inggeris dan seiring dengannya, kelayakan ke Liga Juara-juara, ketika Modric dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United atau Chelsea.

“Modric boleh bermain dalam mana-mana pasukan dalam dunia, mengikut pendapat saya, dia adalah pemain bola sepak hebat, dengan kelas tersendiri,” kata Redknapp.

“Dia adalah pemain kecil dan orang berkata dia tidak boleh bermain di bahagian tengah tetapi dia bermain dalam posisi dua pemain tengah menentang pasukan yang bermain dalam posisi tiga pemain tengah dan dia beraksi cukup hebat.”

Ketika Redknapp tiba di Tottenham pada 2008, Modric dihantar ke bangku simpanan ketika pemain bertubuh kecil itu bergelut menangani keperluan fizikal Liga Perdana pada musim pertamanya di England. - AFP

Berita Harian
 
Com'on my second team...
kasi balun itu mek siti...

:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register