Jarang orang ambil ‘port’ dengan pasukan yang berada di zon penyingkiran.
Melainkan ada sesuatu yang menarik atau besar.
Kalau tanya jujur, Spurs di zon tersebut bukan cerita yang biasa-biasa.
Mereka sepatutnya sudah di dalam mode yang lebih daripada sekadar berjaga-jaga.
Sebelum ini, West Ham (pesaing terdekat di zon penyingkiran) sudah mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Wolves.
Ikut pada keperluan, Spurs perlu untuk menang ke atas Sunderland di Stadium of Light bagi memastikan mereka dapat keluar dari zon penyingkiran.
Namun, sebaliknya yang berlaku, apa yang diharap ternyata meleset.
Kekalahan di tangan Sunderland merupakan sebuah keputusan yang cukup untuk menggugat legasi pasukan.
Dalam perlawanan ini, Spurs belum benar-benar menyesuaikan diri dengan apa yang kita biasa lihat dalam skuad kendalian Roberto De Zerbi.
Ikutkan, Spurs ada ruang untuk melakukan sesuatu dalam perlawanan ini.
Tetapi, mereka masih gagal untuk menguasai permainan, menggerakkan bola dengan efektif, serta melancarkan serangan pantas selepas melepasi tekanan lawan.
Dalam keadaan semasa, Spurs berada di tangga ke 18, dua mata di belakang West Ham.
Baki enam perlawanan, jika tiada perubahan segera, risiko untuk terus terjerumus ke saingan Championship semakin nyata.