𝗚𝗶𝗹𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗽𝘂𝗿𝘀
Pada awal musim, Manchester United terperangkap dengan krisis kecederaan terutamanya di bahagian pertahanannya.
Ten Hag tidak pernah dapat menurunkan set pertahanan terbaiknya. Tidak ada pasukan yang lebih malang dari mereka.
Masalah mereka diburukkan dengan masalah Greenwood, Antony dan Sancho. Sehingga hari ini mereka belum keluar dari masalah.
Spurs pula mencanak naik. Semua signing baru mereka transformatif termasuk Postecoglou. Semuanya cergas dan memberi impak segera.
Namun awan tidak sentiasa cerah, kini giliran mereka pula hadap krisis kecederaan. Tengok macam mana dia boleh pergi.
• Cristian 𝗥𝗼𝗺𝗲𝗿𝗼
Kad merah, digantung 3 perlawanan.
• James 𝗠𝗮𝗱𝗱𝗶𝘀𝗼𝗻
Cedera pergelangan kaki. Berpotensi tersisih sehingga Januari nanti.
• Micky 𝗩𝗮𝗻 𝗱𝗲 𝗩𝗲𝗻
Hamstring, dua bulan.
• Destiny 𝗨𝗱𝗼𝗴𝗶𝗲
Kad merah, digantung 1 perlawanan.
• 𝗥𝗶𝗰𝗵𝗮𝗿𝗹𝗶𝘀𝗼𝗻
Akan melakukan pembedahan, groin injury. Satu bulan rehat.
Kesemua pemain diatas menyertai Ryan 𝗦𝗲𝘀𝘀𝗲𝗴𝗻𝗼𝗻 (hamstring), Ivan 𝗣𝗲𝗿𝗶𝘀𝗶𝗰 (ACL) dan Manor 𝗦𝗼𝗹𝗼𝗺𝗼𝗻 (kaki).
Sekurang-kurang 6 pemain utama tidak boleh bermain pada minggu ini dan 4 atau 5 pemain penting tiada dalm tempoh sebulan.
Untung pasukan yang lawan Spurs bulan ni, Newcastle sempat kot. Mereka akan lawan pada 11 Disember.