BTC USD 83,805.0 Gold USD 4,186.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Tottenham Hotspur

undi gol harry yg menjadi pilihan
tottenhamhotspur.com/harry-kane-all-time-record-goalscorer
 

Tottenham terpaksa lupa kudrat Bentancur​

13 Februari 2023 08:44pm

2091896.jpg


Bentancur (dua dari kanan) selepas mengalami kecederaan semasa aksi liga Leicester City dan Tottenham Hotspur di Stadium King Power, Leicester. - Foto AFP


PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur akan terlepas baki musim ini selepas mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) di lutut kirinya, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Isnin.

Bentancur terpaksa dibawa keluar pada separuh masa kedua ketika kekalahan 1-4 kepada Leicester City semasa aksi liga di Stadium King Power pada Sabtu.

Pada perlawanan itu Bentancur menjaringkan gol tunggal pasukan pelawat pada minit ke-14.

“Dia akan menjalani pembedahan sebelum memulakan pemulihan bersama kakitangan perubatan kami.

“Kami semua berada di belakang anda, Rodrigo,” kata Spurs dalam satu kenyataan.

Kecederaan Bentancur menyebabkan Spurs kekurangan pemain di bahagian tengah, dengan Yves Bissouma turut berdepan masalah diketepikan selepas menjalani pembedahan pada buku lali kirinya.

Spurs kini berada di tempat kelima dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 39 mata hasil 23 perlawanan.

Mereka seterusnya menentang AC Milan dalam Liga Juara-Juara di San Siro pada Rabu, sebelum melayan kunjungan West Ham United dalam pertembungan liga, Isnin.


 

Kane perlu tinggalkan Spurs jika mahu trofi​

03 Mac 2023 12:08pm

2113608.jpg


Kane - Foto Agensi


PEMAIN sensasi, Harry Kane perlu memikirkan semula mengenai masa depannya bersama Tottenham Hotspur sekiranya dia mahu memenangi trofi dalam karier bola sepaknya.

Sekiranya pemain berusia 30 tahun itu mahu berjaya dalam kerjayanya, Manchester United adalah destinasi terbaik, kata bekas pemain The Red Devils, Gary Neville.

Kapten England itu menghabiskan seluruh kariernya di Spurs walaupun kerap dikaitkan untuk meninggalkan kelab itu dan yang paling diingati ketika dia meminta untuk menyertai Manchester City pada 2021 sebelum bersetuju untuk kekal di London.

“Saya fikir Harry (Kane) sudah pasti mahu memenangi trofi.

“Dia memberikan komitmen kepada Tottenham sepanjang lima tahun terakhir ini dan dia telah melakukan apa yang dilakukan oleh beberapa pemain lain.

“Namun jika Harry mahu meninggalkan pasukan itu, saya fikir ini adalah waktunya,” ujar Neville.

Kane tetap melalui musim yang produktif apabila meledak 18 gol daripada 25 penampilan terakhir dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi masih belum dapat memenangi sebarang gelaran utama bersama Spurs.

Peluang terbaharu untuk memenangi trofi sudah pun terlepas apabila Spurs tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada Sheffield United awal pagi Khamis.

Menurut Neville, Kane sepatutnya meninggalkan kelab itu pada penghujung kempen kali ini dan percaya bekas kelabnya, United merupakan destinasi paling realistik buat penyerang itu.

“Dia seorang pemain yang luar biasa, seorang profesional yang hebat. Saya fikir jika Harry mahu meninggalkan kelab itu dan anda boleh membawanya ke salah satu kelab Manchester, United atau City. Saya fikir dia akan mengambil peluang itu.

“Dia mungkin tidak akan ke City berdasarkan perbelanjaan yang telah mereka keluarkan untuk mendapatkan (Erling) Haaland tetapi United kelihatan terdesak untuk mendapatkan seorang penyerang tengah,” ujar Neville.


 

Conte sedar kemungkinan dipecat​

10 Mac 2023 09:34am

2121773.jpg


CONTE


ANTONIO Conte sedar kemungkinan dia bakal dipecat oleh Tottenham Hotspur selepas pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Spurs telah tewas tujuh daripada 15 perlawanan mereka pada tahun ini dan impian untuk mengapai sebarang trofi juga tidak kesampaian.

Kempen di saingan Eropah berakhir dengan kekalahan agregat 0-1 kepada AC Milan dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Khamis.

Conte dilantik pada November 2021 dengan kontrak yang akan berakhir akhir musim ini.

Bekas pengendali Juventus, Inter Milan dan Itali itu mungkin tidak akan menyambung kontraknya sebaik sahaja kempen tamat, tetapi Tottenham boleh memecatnya jika mereka menganggap Conte tidak memaksimumkan potensi pasukan.

"Saya menghormati kontrak dan pada akhir musim saya akan membuat penilaian yang betul dengan kelab.

"Mungkin pasukan boleh menamatkan khidmat saya lebih awal. Bagi seorang jurulatih, apa yang penting ialah meningkatkan persembahan pasukan dan kami agak bergelut tahun ini," katanya.

Tottenham akan melayan kunjungan Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.


 

'Ini baru Tottenham Hotspur' - Conte​

12 Mac 2023 12:25pm

2123822.jpg


Conte


ANTONIO Conte memuji Tottenham Hotspur apabila bangkit daripada minggu yang menyedihkan selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur pada Ahad.

Malah pengendali dari Itali itu percaya tiga mata diraih kelab London tersebut di laman sendiri tersebut akan mengulangi pencapaian kedudukan empat teratas musim lalu.

“Ada baki 11 perlawanan lagi dan kami perlu kemenangan hari ini untuk bangkit untuk menunjukkan bahawa kelab ini kuat dari segi mental.

"Ya, dalam aspek moral sebenarnya sebelum perlawanan benar-benar menurun, namun sebaliknya saya melihat semangat perjuangan dan keinginan yang betul untuk mendapatkannya tiga mata.

“Yang pasti saya ulangi untuk kami menamatkan saingan di empat teratas adalah seperti memenangi Liga Perdana Inggeris. Ia berlaku musim lalu dan saya bercakap tentang keajaiban pada musim ini.

“Saya terus mengatakan mungkin musim ini ia lebih sukar apabila Liverpool adalah pesaing dalam perlumbaan ini. Newcastle adalah pesaing tetapi Newcastle kali ini amat berbeza dengan masa lalu. Mereka melabur banyak wang dan mereka mempunyai pasukan yang kuat," kata Conte.

Dua jaringan separuh masa pertama Harry Kane pada minit ke-19 dan 35 disusuli dengan penyudah pintar Son Heung-min (m-62) pada awal separuh masa kedua untuk meletakkan Spurs di hadapan enam mata daripada Liverpool di tangga kelima.

Ia adalah kemenangan pertama Tottenham dalam empat perlawanan dan menaikkan tekanan ke atas Conte selepas tersingkir dari Piala FA dan Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Mengenai jaringan Kane, Conte berkata:

“Harry adalah contoh yang baik, namun bukan untuk gol yang dijaringkan sebaliknya komitmen dan keinginannya.

“Hari ini dalam pemain saya, saya telah melihat api di mata mereka.”


 
harry kane perlu 1 gol lagi utk pintas rooney utk rekod all time premier league goal
 
Back
Top
Log in Register