BTC USD 86,036.2 Gold USD 4,180.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Tottenham Hotspur


No direct flights, a four-hour journey via Frankfurt or a stop and train from Berlin... Spurs fans face a potential travel nightmare before RB Leipzig tie
 
23cel_1577065711.jpg


Penyerang Chelsea, Tammy Abraham (tengah) dikawal dua pemain Tottenham, Moussa Sissoko (kiri) dan Eric Dier. - Foto AFP
​
Mourinho akui Chelsea lebih baik


LONDON: Pengendali Tottenham Hotspur Jose Mourinho mengakui kelab lamanya Chelsea jauh lebih baik dalam kekalahan 2-0 pasukannya pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Pengendali dari Portugal itu mencatat dua kekalahan dalam enam perlawanan liga sejak menyertai Spurs bagi menggantikan Mauricio Pochettino.

Mourinho belum pernah tewas di laman sendiri menentang kelab yang pernah dikendalinya – menang 12 dan seri satu perlawanan.

Namun bekas anak didiknya di Chelsea, Frank Lampard ternyata mengatasi mentornya dalam bidang kejurulatihan apabila pasukan mudanya mendominasi perlawanan.

Tottenham berpeluang merampat tangga keempat liga daripada seteru London itu sekiranya menang tetapi kini ketinggalan enam mata di belakang Chelsea.

Jentera tengah Mourinho yang dibarisi Eric Dier dan Moussa Sissoko begitu mudah kehilangan bola sehingga membolehkan Willian membuka jaringan pada minit ke-12.

Barisan penyerangnya pula begitu tumpul dengan Harry Kane gagal mencipta peluang.

Paulo Gazzaniga menjadi punca sepakan penalti Chelsea sebelum separuh masa kedua yang mudah disempurnakan Willian untuk kedudukan 2-0.

Spurs bertambah malang apabila Son Heung-min dibuang padang ketika permainan berbaki 30 minit, menjadikan peluang untuk bangkit semakin tipis.

“Mereka jauh lebih baik daripada kami pada babak pertama. Tidak sukar untuk saya mengakuinya,” kata Mourinho.

“Mereka bermain dengan sistem yang selesa buat mereka – sistem yang digunakan dua tahun lalu bersama Antonio Conte. Pemain-pemain selesa dengannya.” – REUTERS


 

Mourinho to battle Utd in race for £50m Lille midfielder Soumare
 
ssas_1577195708.jpg


​
Tottenham hukum penyokong


LONDON: Tottenham Hotspur sudah mengenalpasti dan mengharamkan penyokong yang membaling cawan air kepada penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga ketika kekalahan 2-0 di laman sendiri buat Spurs Ahad lalu, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Ketika kelab itu ketinggalan dua gol, Kepa menjadi sasaran penyokong di belakang gol pada minit ke-65 dengan objek yang dibaling itu hanya sedikit daripada terkena penjaga gol Sepanyol itu ketika dia berjalan dalam kotak penalti.

“Kami mengesahkan sudah mengenalpasti dan mengeluarkan arahan segera mengharamkan penyokong yang bertanggungjawab membaling cawan air kepada penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga ketika saingan Liga Perdana Ahad lalu,” kata kelab itu.

“Kami akan terus mengenakan tindakan tegas terhadap sesiapa yang bertindak seperti itu.” - Reuters


 
sonkadmedra_1577235005.jpg

​
PEMAIN Tottenham Hotspur, Son Heung-min dilayangkan kad merah ketika menentang Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hostpur, London. - Foto AFP

​
Spurs gagal rayuan, FA kekal kad merah Son


LONDON: Tottenham gagal dalam rayuannya untuk membatalkan kad merah kepada penyerang Korea Selatannya, Son Heung-min yang diterimanya ketika menentang Chelsea.

Sayap Spurs itu dibuang padang pada minit ke-62 ketika saingan Liga Perdana Inggeris yang berkesudahan The Blues menang 2-0 Ahad lalu.

Son didapati menendang rusuk pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger.

Pengadil Anthony Taylor yang merujuk sistem VAR kemudiannya melayangkan kad merah kepada pemain antarabangsa Korea Selatan itu.

Susulan insiden itu, bos Spurs, Jose Mourinho segera memberi reaksi untuk kelab itu mengemukakan rayuan sambil mendakwa ia berpunca daripada pemain antarabangsa Jerman itu yang dinafikan oleh pengurus Chelsea, Frank Lampard.

Keputusan rayuan itu disahkan oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) pagi tadi bahawa kad merah Son kekal dan sekali gus menyaksikan bekas pemain Bayer Leverkusen itu bakal terlepas tiga aksi liga menentang Brighton and Hove Albion, Norwich City dan Southampton yang dijadualkan dalam tempoh lapan hari akan datang. – Agensi


 
Back
Top
Log in Register