BTC USD 84,629.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Tottenham Hotspur

image.jpg

​
Spurs tidak boleh hilang mata


LONDON 27 Ogos - Harry Kane mengingatkan Tottenham bahawa mereka tidak mampu keciciran mata lagi sekiranya ingin menyaingi Liverpool dan Manchester City selepas memulakan kempen musim ini dengan aksi kurang meyakinkan.

Spurs hanya menang satu daripada tiga aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris musim ini dan ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Walaupun perjalanan musim ini masih panjang, penyerang Tottenham perlu segera beraksi secara konsisten.

“Lihat Liverpool dan City, mereka terus konsisten.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami perlu beraksi secara bersama untuk mendapatkan momentum bagi mencari sebanyak mungkin mata. Memang ini permulaan yang buruk buat kami tetapi perjalanan masih panjang.

“Saya ada bercakap mengenai hal ini pada minggu pertama musim ini. Liverpool menang pada Jumaat malam dan City menang keesokan harinya. Mereka meletakkan standard tinggi menerusi keputusan yang diraih dan kami perlu mengejar kemenangan khususnya di tempat sendiri.

“Sangat mengecewakan apabila kami gagal seawal perlawanan kedua tetapi tidak mengapa, ada banyak lagi perlawanan besar selepas ini,” katanya.-AGENSI


 
🎟️ Season Ticket Holders, One Hotspur + and One Hotspur Members are able to purchase a total of four tickets for our @ChampionsLeague group stage fixture at home against @crvenazvezdafk on Tuesday 22 October.

#UCL ⚪️ #COYS
 
kembali ke asalan spurs nie...
pape pun...elok la jual jer riksen nie...maen cam hampeh
#coys
 
Back
Top
Log in Register