BTC USD 84,566.7 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Tottenham Hotspur

D6E5HFWW0AEP85u.jpg

See you in the final, @LFC!

#UCL ⚪️ #COYS
​
 
09kanee_1557371952.jpg


Harry Kane meraikan kejayaan pasukannya mara ke final Liga Juara-Juara selepas menumpaskan Ajax Amsterdam, awal pagi tadi. - Foto Reuters​

Kane idam beraksi di final


AMSTERDAM: Harry Kane optimis dia berupaya pulih bagi mengharungi aksi final Liga Juara-Juara menentang Liverpool selepas kapten England itu menyertai rakan sepasukannya meraikan kejayaan Tottenham di Ajax, awal pagi tadi.

Kane sedang menjalani proses pemulihan susulan kecederaan ligamen buku lali yang menyaksikannya sekadar menonton perlawanan di bangku penonton di Arena Johan Cruyff ketika Spurs bangkit daripada ketinggalan 2-0 dan menang 3-2 selepas wisel penamat ditiup.

Kebangkitan hebat yang ditunjukkan menghantar Spurs ke final Liga Juara-Juara pertama dalam sejarah kelab itu dan Kane berkata dia yakin boleh disenaraikan bermain apabila skuad kendalian Mauricio Pochettino mengharungi aksi final di Madrid pada 1 Jun ini.

“Kita akan lihat. Setakat ini ia bagus, jadi jika ia terus seperti ini saya mempunyai harapan. Masih ada beberapa minggu sebelum beraksi,” kata Kane.

“Proses pemulihan berjalan baik. Saya mula berlari di laluan lurus pada minggu ini dan kerana itu tiada masalah saya berlari pada penghujung perlawanan.

“Kami menewaskan Man City dan Ajax jadi saya perlu mula berlatih dengan lebih gigih untuk membuktikan diri saya kepada pengurus.”

Kane terpaksa diketepikan sejak mengalami kecederaan buku lali selepas menerima terjahan pemain Manchester City, Fabian Delph pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, 10 April lalu.

Begitupun ketika ditanya mengenai tahap kecergasan Kane, Pochettino enggan mengeluarkan komen.

Prestasi Spurs menurun sejak ketiadaan peledak utamanya itu tetapi mereka masih mampu untuk mengesahkan kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris menjelang perlawanan menentang Everton, Ahad ini.

Kane dalam pada itu turut mendedahkan kebangkitan Tottenham turut berpunca daripada kata-katanya ketika rehat.

“Ia menakjubkan. Perlawanan pada separuh masa pertama mengecewakan dan kami membiarkan mereka menguasai permainan. Saya pergi ke bilik persalinan ketika rehat dan kami semua tahu ia tidak cukup bagus,” katanya.

“Kami berkata yang kami mempunyai 45 minit untuk memberikan segala-galanya. Apabila Lucas Moura menjaringkan dua gol kami berfikir kami akan menambahnya tetapi Jan Vertonghen menggegar palang dan mula berfikir hari ini bukan milik kami.

“Pertamanya saya adalah peminat dan paling utama saya tahu apa maknanya ia terhadap kelab. Pemain kemudian berusaha keras dan menunjukkan semangat dan itu saja yang kamu boleh minta.” - AFP


https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/05/561925/kane-idam-beraksi-di-final
 
huh...kambek is real...
sape sangka...dgn $0 spend...
bleh masuk final...
jauh sgt dah perjalanan nie...

okey...c u lipop...:)cgrock

#coys


59845952_10218684577375418_6133074352201007104_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register