BTC USD 84,713.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Tottenham Hotspur

D4CUGFRWsAEUHxU.jpg

FULL-TIME: @VictorWanyama's opener and a hat-trick from @LucasMoura7 sees us take all three points!

#PL ⚪️ #COYS
 
lucas144a_1555215009.jpg


lucas144b_1555215013.jpg


GOL kedua Lucas pada minit ke-87. — FOTO AFP

lucas144c_1555215017.jpg


LUCAS melengkapkan hatriknya pada minit ke-93. — FOTO Reuters​

Lucas sedarkan Pochettino kualiti dimilikinya


PEMAIN Tottenham Hotspur, Lucas Moura tidak memainkan peranan penting setakat ini namun hatrik mengagumkan pemain Brazil itu ketika menang 4-0 ke atas Huddersfield Town malam tadi membuktikan dia sedia memenuhi kekosongan susulan kecederaan Harry Kane.

Penyerang itu meledak hatrik pertamanya sejak berpindah ke Eropah dan menyertai Paris Saint-Germain pada 2013 ketika Spurs mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Dia meledak gol kedua pada babak pertama menerusi rembatan leret deras, selepas Victor Wanyama membuka tirai jaringan dan menemui jaring sekali lagi dengan dua penyudah berbisa dalam tempoh enam minit pada lewat perlawanan.

Tidak hairan Lucas yang berusia 26 tahun tersenyum lebar malah membawa masuk anak lelakinya berusia setahun Miguel ke padang selepas wisel penamat yang mendapat tepukan gemuruh penonton tuan rumah.

Lucas, yang mula bermain di Sao Paulo dan tampil 35 kali bersama Brazil, menyertai Spurs dari PSG pada jendela perpindahan Januari 2018 dengan bayaran dilaporkan £25 juta (RM134 juta) dengan jurulatih Mauricio Pochettino berharap kepantasannya mampu memecah benteng lawan.

Selepas menjaringkan dua gol ketika menang 3-0 di Manchester United, Ogos lalu dia dilihat mampu memukau liga utama Inggeris namun sekalipun pemain Brazil itu melakukan 27 penampuilan dalam Liga Perdana musim ini, kebanyakannya dari bangku simpanan.

“Saya tiada kata-kata untuk menggambarkan saat ini,” kata Lucas. “Saya gembira buat pasukan saya. Kami bertindak bagus hari ini dengan persembahan mengagumkan dan sudah tentu, untuk menjaringkan hatrik pertama saya di stadium baharu bersama keluarga dan anak lelaki di sini... saya terlalu gembira.”

Tempat dalam kesebelasan utama menentang Manchester City pada suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini, yang mana Spurs mendahului 1-0, pasti akan membuat Lucas terus tersenyum.

“Kini kami berdepan pertarungan penting di Manchester; kami perlu dari sekarang pulih susulan perlawanan ini dan bersiap sedia dengan baik,” katanya.

“Ia pasti sukar di sana tapi jika kami bermain seperti hari ini kami boleh pergi ke sana dan meraih keputusan bagus serta mara.”


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/04/444589/lucas-sedarkan-pochettino-kualiti-dimilikinya
 
son12a_1555375660.jpg

Saya boleh ganti Kane: Son


SON Heung-min menegaskan dia sudah membuktikan dirinya mampu menggalas beban menggantikan Harry Kane dalam aksi Tottenham Hotspur di Liga Juara-Juara menentang Manchester City awal pagi Khamis.

Skuad Mauricio Pochettino melangkah ke Stadium Etihad untuk aksi kedua suku akhir dalam misi mempertahankan kelebihan 1-0.

Namun tugas Tottenham tampak sukar dengan kecederaan dialami Kane dan Dele Alli.

Kane dijangka terlepas aksi sepanjang baki musim ini selepas penyerang itu mengalami satu lagi kecederaan ligamen buku lali ketika aksi pertama menentang City manakala pemain tengah England, Alli juga dikhuatiri tidak beraksi apabila tulang tangannya retak dalam perlawanan itu.

Kehilangan dua pemain berpengaruh menjelang aksi kalah mati berdepan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu bakal menjadi tamparan hebat buat kebanyakan pasukan.

Namun penyerang Korea Selatan, Son membuktikan musim ini bahawa aksi tanpa Kane tidak akan menggugat misi mereka di pentas Eropah.

Son menjaringkan sembilan gol dalam 10 perlawanan tanpa kelibat Kane musim ini dan berkata: “Saya hanya menikmati bola sepak.”

“Bukan saja saya, semua orang patut menikmati perlawanan ini, menjaringkan gol dan menang.

“Kami tidak patut memberi tekanan terhadap diri berikutan situasi itu. Tiada yang lebih baik selain perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara.”


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/04/445177/saya-boleh-ganti-kane-son
 
Back
Top
Log in Register