BTC USD 85,217.6 Gold USD 4,136.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Tottenham Hotspur

Goal

DwcC1EsUYAA7Mwi.png

Even the winning manager wasn't happy with VAR after Tuesday's Carabao Cup semi-final first leg 😠​
 
14kane_1547428411.jpg

Malapetaka bakal timpa Spurs


LONDON: Pengendali Tottenham Mauricio Pochettino berkata dia bimbang masalah besar bakal menimpa pasukannya selepas Harry Kane terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan buku lali ketika kekalahan 1-0 kepada Manchester United di Wembley awal pagi tadi.

Kane cedera selepas bertembung dengan pertahanan United Phil Jones di saat-saat akhir permainan di mana pasukan pelawat bertahan bermati-matian untuk mengekalkan kelebihan satu gol.

Pochettino berkata dia akan memantau kecergsasan Kane, dengan pemain 25 tahun itu akan menjalani siri pemeriksaan dalam tempoh beberapa hari ini manakala pemain Korea Selatan Son Heung-min terpaksa dilepaskan untuk mengharungi Piala Asia bersama negaranya.

ā€œSudah tentu jika Harry Kane cedera ia akan menjadi masalah besar buat kami. Itu yang merisaukan saya, merisaukan kami semua,ā€ kata Pochettino.

ā€œIa terjahan yang tidak sepatutnya di saat-saat akhir oleh pemain Manchester United. Ia bukan berniat jahat, tetapi ia terjahan yang kasar.

ā€œSekarang ini ia (buku lali Kane) bengkak, kami perlu menilainya dalam beberapa hari lagi. Saya harap ia bukan isu besar tetapi dia terincut-incut keluar padang.ā€

Pochettino menganggap persembahan anak buahnya di babak kedua sebagai antara yang terbaik sepanjang dia bersama kelab utara London itu, walaupun jaringan Marcus Rashford di babak pertama meletakkan skuadnya kini sembilan mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

ā€œDalam tempoh empat setengah tahun, itu adalah aksi terbaik Tottenham pernah saya saksikan. Babak kedua adalah persembahan terbaik daripada pasukan saya. Bagi saya ia menakjubkan,ā€ katanya.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/01/411787/malapetaka-bakal-timpa-spurs
 
kane1a_1547595748.jpg

Kane rehat hingga Mac


LONDON: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane terpaksa diketepikan sehingga Mac selepas mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki ketika tewas kepada Manchester United, Ahad lalu.

Kane mengalami kecederaan di pergelangan kaki kirinya pada hujung perlawanan yang menyaksikan Spurs tewas 0-1 di Wembley dan ujian imbasan mengesahkan kecederaannya itu mengambil masa untuk pulih.

Ia adalah musim ketiga berturut-turut kapten England itu terlepas untuk beraksi kerana kecederaan sama.

ā€œBerdasarkan penilaian pertama, kami mengesahkan Harry Kane mengalami kecederaan ligamen di pergelangan kaki kiri yang dialaminya ketika perlawanan bertemu Manchester United, Ahad lalu.

ā€œDia akan terus dipantau kakitangan perubatan kerana perlu menjalani proses pemulihan dan dijangka akan kembali menjalani latihan pada awal Mac,ā€ kata Tottenham di dalam web rasmi kelab itu.

Kane mengalami kecederaan itu selepas bergelut dengan pertahanan United, Phil Jones dan Victor Lindelof ketika cuba mencipta gerakan untuk Tottenham pada minit-minit akhir perlawanan.

Dia kemudian menerima rawatan selepas tamat perlawanan dan dilihat berjalan keluar padang dengan situasi yang tidak selesa.

Kane menerusi akaun Twitter miliknya berkata: ā€œKecederaan adalah sebahagian daripada lumrah perlawanan tetapi setiap individu pasti bekerja keras untuk kembali pulih semula. Terima kasih atas segala mesej anda.ā€

Ketiadaan Kane pastinya satu tamparan untuk Tottenham dalam usaha mereka untuk memenangi trofi pertama di bawah bimbingan Mauricio Pochettino.

Pemain berusia 25 tahun itu adalah penjaring terbanyak Tottenham musim ini dengan 20 gol daripada 31 penampilan.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/01/412528/kane-rehat-hingga-mac
 
kaneceder17_1547691291.jpg


Kecederaan buku lali Harry Kane menyebabkan beliau terpaksa diketepikan sehingga Mac. - Foto AFP​

Ketiadaan Kane tak jejas perancangan Spurs


LONDON: Kecederaan buku lali penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane yang menyebabkan beliau terpaksa diketepikan sehingga Mac adalah sukar diterima tetapi ia tidak menjejaskan perancangan jendela perpindahan kelab Januari ini, kata pengurus Mauricio Pochettino kepada Sky Sports hari ini.

Kane mengalami kecederaan ligamen buku lali kirinya ketika tewas 1-0 kepada Manchester United di Wembley pada Ahad lalu apabila bertembung dengan Victor Lindelof dan Phil Jones.

Tottenham sudah pun kehilangan penyerang Korea Selatan, Son Heung-min bagi mewakili negaranya untuk Piala Asia yang berlangsung sehingga 1 Februari ini.

Tetapi pemain tengah dari Perancis, Moussa Sissoko yang mengalami kecederaan pangkal paha sejurus sebelum babak pertama perlawanan bertemu United, dikatakan kembali cergas bagi menghadapi perlawanan timbal balik kedua separuh akhir Piala Liga di Chelsea pada Khamis hadapan.

Spurs sebelum ini menang 1-0 dalam perlawanan pertama di Wembley.

Pochettino berkata adalah sukar untuk bermain tanpa salah seorang penyerang terbaik dunia untuk tempoh enam minggu lagi tetapi pada masa sama memberi peluang kepada pemain di akademi bola sepak mereka.

ā€œIa tidak mengubah apa-apa (pendekatan kelab dalam jendela perpindahan Januari) terhadap apa yang berlaku kepada Harry,ā€ katanya.

ā€œSon seperti kita tahu menyertai Piala Asia untuk beberapa minggu. Kami sentiasa mahu membaiki diri sama walaupun tanpa Harry tetapi kami tahu ia adalah sukar apatah lagi untuk menambah pemain yang diingini.

ā€œIa tidak mengubah pemikiran kami, saya rasa ini adalah peluang yang bagus buat pemain untuk dapat bermain lebih kerap dan menonjolkan diri. Saya pasti ia menjadi peluang baik buat pemain muda di akademi untuk mempamerkan kualiti yang ada.ā€ – REUTERS


https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/01/520872/ketiadaan-kane-tak-jejas-perancangan-spurs
 
Back
Top
Log in Register